Nak Join? Klik SINI
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Tak perasan pula sahabat terbaik saya ini buat Giveaway. Saya mestilah join tanda saya menyokong dia. Kenapa saya kata dia sahabat terbaik saya? Sebab Remy ini sentiasa ada walaupun semua kawan-kawan yang lain telah menghilangkan diri. Cuma dia saja yang setia dengan blog saya. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Remy sebab dialah saya ada semangat untuk terus berblogging.
Giveaway ini senang je nak join? Tak payah nak tag dan bagai-bagai lagi. Cuma kena follow blog dan like fan page Remy je. Tak susah pun. Orang nak bagi hadiah, apa salahnya kita mencuba. Mungkin ada rezeki saya takpun rezeki anak saya si Mayeesa. Hehehe.
Anyway, dah lama sangat saya tak join apa-apa Giveaway daripada mana-mana blogger disebabkan busy dengan kehidupan berkahwin dan kini dengan si Mayeesa. Sayang nak berenggang dengan Mayeesa ni. Hehehe.
Remy beritahu tarikh tutup Giveaway ini adalah pada 28hb Februari 2013. So, jom ramai-ramai kita join Giveaway ini. Kalau korang dapat hadiah, bagilah kat saya ye? Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka