Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label perasan. Show all posts
Showing posts with label perasan. Show all posts

Friday, February 24, 2012

"PSSST... TOLONG BAGITAU KAWAN AWAK TU..."

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Kisah ni saya dengar dari kawan saya sebenarnya. Kawan saya cerita, ada kat satu syarikat ni buat satu temuduga untuk cari pekerja baru. Masa tu ramai gak yang apply. Si kawan kepada kawan saya pun apply sekali.


Si dia berjalan masuk dengan penuh macho. Kawan saya jalan sebelah dia relax je. Ada dua tiga awek asyik tengok-tengok kemudian gelak-gelak kecil sambil tutup mulut. Kawan kepada kawan saya terperasan dan ingat awek-awek tu tengok sebab dia smart hari tu.


Kemudian, salah seorang daripada awek tu berjalan ke arah dia dan kawan saya. Kemudian, dia panggil kawan saya dan berbisik sambil menunjuk jari kepada kawan kepada kawan saya. Kemudian berlalu pergi. Si dia ni ingat awek tu nak minta nombor handphone dia tapi kawan saya ni tarik dia ke tepi dan bisik kat telinga dia,


"Wei, zip hang tak tutup la. Awek tadi suruh aku bagitau hang"


Sepantas kilat dia memandang ke bawah dan terus tutup zipnya. Muka dia dah merah padam dah. Itulah, lain kali check dulu baju dan seluar kita bila ada orang tengok kita sambil gelak-gelak kecil tutup mulut. Mesti ada something "terbuka" ni. Hehehe.


p/s : Kalau korang kat tempat si dia tu, apa korang rasa dan akan buat?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 4, 2011

"KENAPA AWAK SELALU CONTACT SAYA?"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang kenal seseorang tu dan tiba-tiba dia selalu contact korang? Tak kira la SMS atau fon. Korang pernah tertanya kenapa tiba-tiba selalu sangat dia contact?

Lelaki atau perempuan, sama je. Pada pendapat saya, si dia sebenarnya suka kat korang. Bila kita suka kat seseorang, kita akan usaha cari macam- macam maklumat si dia betul tak? Bila kita dah makin kenal dengan si dia, kita akan jatuh cinta. Tapi kadang- kadang akan tertanya-tanya. Berani ke kita nak bagitau perasaan kita yang sebenarnya pada dia? Ada yang berani ambil risiko untuk bagitau si dia. Risikonya adalah bila kita dah bagitau, persahabatan kita takkan sama seperti dulu.

Pelik kan manusia ni? Tapi itulah menjadikan manusia ni unik. Nak jatuh cinta tak perlu masa yang lama. Ada yang dalam masa beberapa hari je. Ada gak yang ambil masa berbulan-bulan. Tapi bagi seseorang pernah dikecewakan, walaupun dia suka si dia, dia akan ambil sifat berhati-hati. Bila si dia bagi signal tak suka, secara automatik dia akan undur diri dan jauhkan diri daripada si dia. Korang rasa kenapa ye?

Sebabnya dia tak nak rasa terluka lagi.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka