Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label penat. Show all posts
Showing posts with label penat. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

KEPENATAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semasa kami di Bandar Ho Chi Minh, kami tak buang masa sangat dengan perkara lain kecuali penuhkan dengan aktiviti. Tak kiralah bershopping di Ben Tahn Market ataupun berjalan keliling bandar. Selain itu, kami pergi melawat ke Art Museum dan Independence Palace.

Memang kami penat sangat. Korang boleh tengok betapa letihnya Mayeesa sampai terlena. Tapi tidur Mayeesa pun tetap comel. Kan?

Tapi memang best dan puas hati. Insya Allah kami plan nak pergi lagi. Ada sesiapa nak ikut? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 23, 2011

"KERJA AWAK SENANG JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di suatu pagi yang cerah di kedai makan,

Mak cik Kedai : Sarapan ke?

Saya : Ya Mak cik.

Mak cik Kedai : Banyak kerja kat pejabat tu?

Saya : Banyak gak.

Mak Cik Kedai : Takpe. Kerja awak senang je.

Saya : Senang? (dalam hati).

Mak cik kedai tu pagi-pagi dah menyentap selera makan sarapan saya. Saya pernah kerja kilang ubat, kilang baju, kilang perabot, kaunter jual tiket, call centre dan jaga cinema. Memang kerja ni nampak senang sebab duduk kaunter layan pelanggan je. Tapi untuk buat keputusan tu senang ke? Nak planning senang ke?

Fizikal memang nampak senang. Duduk je. Tapi bila balik rumah, baru rasa penatnya. Lagipun, dalam dunia ni takde kerja yang senang. Tak buat kerja pun susah gak tau?

p/s : Pernah buat macam-macam kerja dulu. So, adalah sikit pengalaman.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 14, 2011

TIDUR LEBIH 13 JAM...

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sehari saya tak update blog. Sebenarnya pagi semalam saya ada presentation untuk bertanding Anugerah Persekitaran Berkualiti tahun ni. Saya kena present depan Pengarah Bahagian Latihan, Pengarah JPN Negeri Perak dan ahli panel yang lain. Nervous tu memang nervous gak. Tapi perjuangan tetap perlu diteruskan.

Malam sebelum kami (saya dan staf saya) busy dengan projek-projek keceriaan pejabat. Saya pun kelam kabut gak siapkan report dengan slide untuk presentation. Alhamdulillah selesai dengan kepujian gak. Dapat satu lagi pengalaman. Hehehe.

Mesti korang fikir, tajuk lain tapi saya tulis lain kan? Sebenarnya apa yang saya tulis kat atas tu sebab yang menyebabkan tajuk kat atas. Hehehe.

Petang lepas balik kerja, saya ingat nak tengok movie kat TV tapi secara tak sedar terus tertido dan pagi tadi baru bangun. Habis semua waktu solat saya langgar. Penat sangat kot? Walaupum bukan fizikal tapi memang saya perah mental saya dengan pelbagai perahan idea. Kadang-kadang sebab pressure gak. Hehehe.

So, jangan marah ek saya tak update blog semalam?

p/s: Hari tu pergi Ipoh Parade hadiah Giveaway Simple...Comel sangat. Tapi ada ke orang nak? Korang nak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka