Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

"AMBIL DUIT KOPI NI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak tulis entry berkenaan rasuah. Rasuah ni kira kes besar je la. Yang kes bagi duit sikit-sikit ni, saya panggil duit kopi je. Kalau silap, sorilah. Rasuah ni memang sangat menggoda. Tambahan kalau rasuah duit beribu riban. Korang dapat duit yang untuk gaji korang 3 bulan. Mahu tak seronok.

Tapi korang kena ingat, bila korang ambil rasuah tu, secara automatiknya korang dah berdosa sebab tak amanah dan korang macam dah tempah masalah. Masalah apa ye? Bila korang terima rasuah, orang yang bagi rasuah tu boleh ugut korang kalau dorang kena tangkap. Pastu, korang pun kena tangkap. Kena buang kerja. Kena blacklist. Kena pandang hina. Korang nak camtu?

Memang mula-mula korang dapat, seronok sangat-sangat. Boleh joli sana, joli sini. Tapi, korang rasa duit korang dapat melalui rasuah ni halal ke haram hukumnya? Saya taklah pandai sangat ilmu agama tapi kalau ikut logik, korang rasa camne? Halal? Haram?

Kita kalau boleh nak cari rezeki yang berkat untuk diri kita dan juga untuk anak bini kita (ini bagi yang dah kahwin ye?). Korang sanggup bagi makan minum anak bini korang duit daripada hasil rasuah?

Saya tahu semua ada impian nak hidup senang lenang. Tapi, jangan guna cara yang salah. Memang boleh kaya cepat, tapi hati korang rasa senang ke?

p/s : Pernah dioffer tapi dengan pantasnya saya tolak. Terus terang saya bagitau, saya bukan orang macam tu.Sorry ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka