Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, January 28, 2013

PENGORBANAN SEORANG IBU ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu ke pengorbanan ibu korang? Korang pernah rasa? Tahu dan rasa itu tak sama. Seperti pepatah dulu-dulu,

"Berat Mata Melihat, Berat Lagi Bahu Memikul"

Saya pun tak pernah rasa tapi bila dah naik pangkat menjadi seorang ayah ini, ada terkena tempiasnya sikit. So, rasa juga sikit.

Kalau nak dihitung pengorbanan seorang ibu ini, memang takkan terbalas jasanya. Ibu mengandungkan kita. Semasa mengandung, pelbagai pantang larang kena ikut sebab nak pastikan kita selamat lahir ke dunia ini dan sihat. Selepas itu, bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Kemudian, jaga kita selepas lahir. Itu tak termasuk kena jaga diri sendiri selepas bersalin.

Setiap malam ibu kita kena bangun untuk menyusukan kita. Bila kita menangis dan merengek tengah-tengah pagi, ibu kita itulah yang bangun untuk dodoikan kita. Kalau kita berak, dengan mata mengantuk, dia cuci dan tukarkan pampers kita. Itu belum dikira bila kita tak nak tidur malam, yang pasti ibu kita yang kena pujuk dan jaga kita. Sampai tak tidur semalam dia untuk pujuk dan jaga kita.

Apa yang saya tuliskan itu untuk semasa kita masih bayi lagi tau? Selepas itu saya rasa korang pun boleh huraikan. Cuba bayangkan, kalau kita ingat memori semasa kita masih bayi dulu, mesti takkan berlaku anak buang ibu kan? Tapi perlu diingatkan, manusia ini mudah lupa. Hari ini dia ingat, esok mesti dia lupa. Sebab itulah kita kena sentiasa saling mengingati.

Seorang boleh jaga ramai anak, tapi tak semestinya ramai anak boleh jaga seorang ibu.

Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

NAK SURUH TOLONG BISNES MELAYU TAPI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Emak saya berhasrat untuk bagi kepada cucu pertama dia si Mayeesa ini rantai leher. Tapi dia nak ajak saya ke kedai emas untuk beli. Lagipun, emak saya ada dua biji buah rantai yang dia dapat daripada kilang dia kerja sempena puluhan tahun kerja di sana untuk di 'trade in' sebab barang tersebut tertera gambar kepala orang.

Saya pun bawalah ke kedai emas di Parit Buntar. Emak saya cakap kedai emas itu harganya berpatutan. Sampai saja di kedai emas tersebut, bermulalah sesi jual beli. Pemilik kedai emas ini adalah Melayu dan sudah semestinya Islam. Tapi pekerja yang sambut kami tak pandai nak senyum. Saya anggap dia datang bulan walaupun rasanya wajah dia agak tua sikit.

Ini serba sedikit perbualan kami,

Ibu saya : Rantai leher untuk baby ada tak?

Pekerja yang datang bulan itu tunjukkan bahagian yang ada rantai leher yang kecil tapi padat. Saya bagi Mayeesa kepada isteri saya dan duduk untuk tengok macam mana rantai leher tersebut.

Saya : Cuba tengok yang ini?

Pekerja itu keluarkan rantai leher saya tunjukkan itu.
Saya pun belek-belek dan tunjukkan pada emak saya. Selepas itu,

Saya : Berapa ye harga rantai leher ni?

Pekerja itu pun mula mengira guna kalkulator dia.

Pekerja Kedai Emas : RM810 termasuk upah.

Saya : Upah berapa?

Pekerja Kedai Emas : RM50 tapi kalau nak kurang lagi paling rendah RM30.

Saya : Boleh pinjam kalkulator itu sekejap.

Dengan muka terkejut dia suakan kalkulator tersebut. Sayapun mengira sambil tengok harga emas hari ini iaitu RM170 segram.

Saya : Emak saya dua barang nak trade in. Berapa boleh ambil?

Emak saya suakan rantai leher tersebut dan pekerja itu beri kepada pekerja yang satu lagi untuk mula menimbang. Saya perhatikan saja.

Pekerja Kedai Emas : Kami ambil harga dalam RM200 lebih.

Saya terkejut dan sudah semestinya emak saya pun terkejut. Saya terus ambil kalkulator dan mula kira.

Berat barang 'trade in' = 4.06 gram
Harga emas semasa = RM170 segram
Potongan = 18%

4.06 X RM170 = RM690.20
RM690.20 X 18% = RM124.25
RM690.20 - Rm124.25 = RM565.95

Ini bermakna harga yang dia memang sangat rendah. Saya sebenarnya dah nak pergi kedai lain dah.

Saya : Takpelah. Saya tak jadilah 'trade in'.

Pekerja itu mula kira balik dan terus cakap,

Pekerja Kedai Emas : Oklah. Kami boleh ambil paling tinggi RM570.

Tadi dia kata hanya boleh ambil RM200 saja. Tapi saya sekarang dia cakap boleh ambil dengan harga RM570. Boleh tolong kira perbezaan kedua-dua harga ini? Akhirnya emak saya ambil juga rantai leher dan sebiji buah rantai dengan tambahan duit sikit.

Apa yang nak tekankan di sini, kenapa perlu letakkan harga rendah sebegitu? Sampai untung berkali ganda. Itu tak kira lagi harga emas yang dijual. Saya ada sedikit pengalaman dan ilmu tentang pengiraan emas ini. Disebabkan saya ada ilmu, tak dapatlah pekerja itu tipu saya. Cuba kalau seorang makcik yang tak tahu apa-apa emas berada di tempat saya?

Apa pendapat korang tentang entry ini?

Mayeesa : Terima kasih nenek sebab sudi hadiahkan Mayeesa rantai leher beserta  sebiji buah rantai.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, January 26, 2013

CUCU PERTAMA DARI ANAK PERTAMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini saya dah berada di rumah emak saya. Ini bermakna ibu mertua isteri saya. Dan ini sangat bermakna nenek Mayeesa. Hehehe.

Ini adalah cucu pertama emak saya. Disebabkan saya ini anak pertama a.k.a sulung, maka terciptalah tajuk entry di atas. Beberapa hari sebelum kami balik ke kampung, saya ada chatting dengan adik bongsu saya. Maka berchatting la kami,

Saya : As salam...

Adik Saya : Waalaikummussalam.

Saya : Hang balik tak minggu ini?

Adik Saya : Tak sebab ada modul kat UiTM Perlis ni.

Saya : Ye ke? Ace balik dengan baby minggu ni.

Adik Saya : Ala... Ye ke?

Saya : Takpelah. Nanti Ace balik lagi.

Adik Saya : Emak tu dah rindu sangat kat cucu dia. Tiap kali Naim balik mesti dia suruh buka Facebook, nak tengok gambar cucu dia.

Saya : La... Ye ke? Nanti Ace balik bagi emak tengok puas-puas. Hehehe.

Nenek mana tak sayangkan cucu dia. Tambahan ini pula cucu pertama dia. Sudah semestinya emak saya nak sangat tengok, dukung, peluk dan cium cucu dia si Mayeesa ni.

Suka tengok emak saya gembira lepas dapat tengok dan dukung Mayeesa. Harap sangat dapat hilangkan perasaan sedih dia disebabkan oleh kes 'itu'.

p/s : Kes 'itu' saya tak dapat nak beritahu. Biarlah rahsia.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka