Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, January 30, 2012

"JANGAN NILAI ORANG DARI RUPA LUARAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jangan hakimi seseorang itu melalui pemerhatian dari rupa luaran saja. Tak semestinya rupa luaran seseorang tu buruk bermakna perangainya buruk. Kadang-kadang rupa fizikal seseorang itu tak cantik tapi sikapnya teramatlah cantik. Sampai ada yang boleh jatuh cinta dengan sifatnya yang cantik tu.

Tak semestinya rupa seseorang yang cantik tu, perangainya cantik macam rupa fizikalnya. Kadang-kadang perangainya lagi buruk dan lebih teruk lagi.

Saya tak nafikan ada gak yang rupa cantik perangai cantik dan rupa buruk perangai buruk. Cuma saya nak tekankan di sini, janganlah kita menghakimi seseorang itu melalui rupa luaran je. Itu semua adalah anugerah Allah.

Lagipun rupa yang cantik pun takkan kekal selama-lamanya. Ia cuma satu aset sementara je. Bila-bila Allah boleh tarik balik.

Sama-sama kita muhasabah diri kita dan hindarkan sifat takbur dan bangga diri. Bukan best pun takbur ni dan bangga diri ni sebab Allah tak suka dan manusia lain pun tak suka.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"BANK PENUH LEPAS CUTI TAHUN BARU CINA"



Assalamualaikum dan dalam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya masih kat bank lagi ni. Nak baik in duit tapi kena la queue dulu kan? Nombor giliran saya lebih kurang 30+ orang. Memang banyak kan? Hehehe. Siap saya boeh tidur lagi.

Kesian plak tengok staf kaunter yang kelam kabut melayan pelanggan yang datang. Ada gak pelanggan yang marah-marah sebab kena tunggu lama. Saya cool je tapi perut tengah berkeroncong ni. Pasni settle ni, saya nak makan roti. Hehehe.

Teringat masa dulu-dulu takde Queue Management System a.k.a Mesin yang kuar kertas untuk beratur, masa tu kita kena beratur dalam barisan panjang. Kalau ramai, lama la kita beratur sampai nak kejang kaki beratur. Hehehe. Saya ada pengalaman. Siap bersila atas lantai lagi. Hehehe.

Sekarang ni dah ada alat macam memudahkan pelanggan dan tak payah nak beratur dah. Amb nombor giliran, duduk, tidur-tidur ayam sampai nombor giliran kita dipanggil. Taklah kena berdiri lama-lama macam dulu.

Sekarang ni perbankan internet pun dah semakin berkembang. Mungkin nanti masa depan, pelanggan tak perlu ke kaunter di bank dan boleh buat semu traksaksi dari bilik tidur je. Sekarang tak semua traksaksi boleh buat online. Ada yang boleh buat online, ada yang tak boleh.

Apa-apa pun boleh jadi pada masa depan. Kan?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, January 25, 2012

"TERIMA KASIH SEBAB MENYUSAHKAN SAYA"

Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya Ada bagitau dalam entry lepas yang saya eksiden. Alhamdullilah saya, emak saya dan tunang saya selamat. Saya nak ceritakan pengalaman saya buat repot polis selepas eksiden tu. Basin baik kereta saya masih mampu didrive lagi. So, saya pun drive la ke Balai Polis terdekat untuk buat repot.

Sampai je kat Balai Polis tu, seorang polis tu suruh kami yang terlibat dengan eksiden ni pergi fotostat Mykad dan Lesen. Masa tu dah dekat pukul 9 malam dan malam tu malam Tahun Baru Cina. Saya pun drive cari kedai fotostat yang buka tapi semua tutup. Terpaksa saya pergi kedai Cyber Cafe untuk scan Dan print. Harga pun Berganda la sebab scan.

Lepas scan, saya pergi ke Balai Polis tersebut untuk buat repot. Masa saya balik ke Balai untuk buat repot polis tu, dah dekat pukul 11 malam dah. Hampir 2 jam saya Berlegar-legar mencari kedai fotostat. Saya ni mangsa eksiden tapi dipersusahkan dengan perkara kecil yang saya akin setiap Pejabat sepatutnya Ada - Mesin Fotostat.

Lepas tu repot polis pun diambil. Repot polis saya diprint 2 keping tapi yang keluar 1 keping je. Komputer Dan printer jem. Mungkin Allah nak tunjuk, polis tu disuruh untuk buat salinan fotostat kat mesin fotostat dorang kat belakang. Memang tak nampak mesin fotostat tu sebab letak terlindung.

Mesin fotostat Ada di belakang tapi kenapa dorang sanggup MENYUSAHKAN rakyat yang datang ke Balai Polis untuk buat repot? Saya baca Piagam Pelanggan dorang Dan saya tak rasa satu perkara pun dalam Piagam Pelanggan tu dorang buat. So, apa motif Piagam Pelanggan tersebut diwujudkan? Saya betul-betul kecewa dengan layanan Dan Khidmat yang diberikan. Saya tak minta layanan macam VIP tapi jangan MENYUSAHKAN rakyat dengan perkara yang remeh macam fotostat Mykad dengan Lesen. Padahal, mesin fotostat ada.

Saya betul-betul kecewa. Kerja yang boleh cepat diselesaikan jadi susah dan lambat selesai.

p/s : Nak senyum pun susah dekat pelanggan. Kena bayar kot untuk senyum? Kecewa sangat-sangat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka