Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label takbur. Show all posts
Showing posts with label takbur. Show all posts

Monday, January 30, 2012

"JANGAN NILAI ORANG DARI RUPA LUARAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jangan hakimi seseorang itu melalui pemerhatian dari rupa luaran saja. Tak semestinya rupa luaran seseorang tu buruk bermakna perangainya buruk. Kadang-kadang rupa fizikal seseorang itu tak cantik tapi sikapnya teramatlah cantik. Sampai ada yang boleh jatuh cinta dengan sifatnya yang cantik tu.

Tak semestinya rupa seseorang yang cantik tu, perangainya cantik macam rupa fizikalnya. Kadang-kadang perangainya lagi buruk dan lebih teruk lagi.

Saya tak nafikan ada gak yang rupa cantik perangai cantik dan rupa buruk perangai buruk. Cuma saya nak tekankan di sini, janganlah kita menghakimi seseorang itu melalui rupa luaran je. Itu semua adalah anugerah Allah.

Lagipun rupa yang cantik pun takkan kekal selama-lamanya. Ia cuma satu aset sementara je. Bila-bila Allah boleh tarik balik.

Sama-sama kita muhasabah diri kita dan hindarkan sifat takbur dan bangga diri. Bukan best pun takbur ni dan bangga diri ni sebab Allah tak suka dan manusia lain pun tak suka.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, September 19, 2011

SEJAUH MANA PUN KITA PERGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejauh mana pun kita pergi, ingatlah pada asal usul kita. Asal usul kitalah akan meletakkan kaki kita ke bumi dan mengelakkan kita bangga diri dan takbur.

Sejauh mana pun kita pergi, ingatlah untuk pulang ke tempat asal kita. Tempat di mana kita masih ada orang yang menunggu kepulangan kita. Sentiasa menantikan kita dengan hati yang bimbang. Ibu bapa mana yang tak bimbangkan anak-anaknya yang merantau mencari pengalaman dan rezeki?

Harap kita semua tak lupa diri dan ingat jasa serta pengorbanan orang yang membesarkan kita. Sebab tanpa dorang, tiadalah kita di muka bumi Allah ini.

p/s : Hari ini nak balik Bagan Datoh sebab cuti dah habis.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 21, 2011

PERLU KE BERLAGAK?

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Perlu ke berlagak kalau ada jawatan besar-besar dan duit berkepuk-kepuk? Saya dah jumpa macam-macam orang. Sejak kerja dalam bidang customer service dulu kat cinemas sampai keje kerajaan sekarang ini.  Macam-macam perangai orang saya tengok.

Jawatan tinggi tu takkan selamanya kita pegang. Dah tua nanti, kena lepaskan gak kan? So, buat apa bila lalu sebelah staf-staf berpangkat rendah perlu berlagak? Huhu...

Bagi saya, walaupun setinggi mana pun jawatan yang kita ada, kalau kita saling hormat menghormati, pasti staf kita akan menghormati kita. Tak gitu?

Korang rasa korang berlagak ke?

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka