Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, July 1, 2011

NASIB BAIK SEMPAT...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sempat gak saya beli tiket tengok movie Transformers 3 di GSC Sunway Carnival. Huhu... Itu pin sempat tunggu tiket reservation dibuka baru dapat yang cantik. Reservation seat dibuka 30 minit sebelum movolie start. So, sekarang korang dah tahu kalau tak sempat nak beli tiket, korang boleh tiket resevation seat dibuka. Tapi tak dijamin korang akan dapat seat tu. Macam mana saya tahu? Saya dulu ex staff GSC. Huhu...

Best. Penuh dengan aksi perang robot. Robot pun makin banyak. Kora berbaloi tengol movie ni. Cuma rasa tak selesa duduk atas kerusi, keras sangat. Huhu...

Movie ni best. Korang dah tengok belum?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

REVIEW DRAMA KOREA : DREAM HIGH

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru je habis tengok 16 episod Drama Korea : Dream High. Memang best la drama ni. Macam tengok drama muzikal je. Lagu-lagu dalam drama ni pun best-best.

Saya ceritakan sikit tentang drama ni. Ceritanya bermula dengan seorang perempuan yang sombong dan sahabat baiknya. Bapa kepada perempuan yang sombong ni rupanya berhutang dengan ah long dan lari. Famili perempuan sombong ni dah muflis. Tapi dia malu, so dia rahsiakan daripada sahabat baik.

Diorang masuk ke sekolah yang popular dengan penghasilan bintang-bintang penyanyi. Ada banyak rintangan berlaku sehingga perempuan sombong ni dengan sahabat baiknya bermusuh.

Macam-macam rintangan dorang hadapi. Hingga akhirnya tertubuh satu kumpulan bernama Dream High. Ada la kisah cinta tiga segi dalam drama. Tapi tabik spring pengarah dan penulis skrip drama ni sebab setiap karektor dan babak dikembangkan dengan baik.

Saya bagi 4.5 daripada 5 bintang untuk drama korea ni. Kalau korang nak tau detail drama ni, korang kena la tengok drama korea ni. Best...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

IPOH...SAYA DATANG...

Salam sejahtera dan selamat pagi rakan-rakan blogger semua.

Saya baru je sampai Ipoh. Ada taklimat nak kena atttend. Pagi tadi saya keluar rumah pukul 5.15 pagi. Huhu...

Awal kan? Perjalanan dari Bagan Datoh ke Ipoh ambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Itu kalau saya drive laju dan lori kurang. Tapi kalau masa saya keluar lori tengah banyak kat atas, memang lambat la jawabnya. Huhu...

Alhamdulillah. Saya selamat sampai ke Ipoh. Lepas taklimat nanti, saya nak balik Penang. Kalau sempat, nak pergi tengok movie Transformers 3. Hehe... Nak tengok dalam 3D.

Sape orang Ipoh atau pernah datang Ipoh angkat kening macam Ziana Zain. Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka