Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

"MAMAK, DALAM AIR KOPI NI ADA LALAT"

Asalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ni saya berada di sebuah Restoran Nasi Kandar di Ipoh. Saya ada Program Pendaftaran Lewat Kelahiran dengan JAKOA ( Jabatan Kemajuan Orang Asli) di Gerik Penang. Pagi berkumpul di Bangunan KDN Ipoh seawal pukul 7 pagi.

Sementara tu, saya pun ambil kesempatan untuk sarapan dulu. Roti Telur + Roti Kosong dengan Kopi O Panas. Disebabkan saya keluar dari rumah saya dalam pukul4 pagi tadi, rasa mengantuk ni agak mencengkam mata. Tapi masih boleh kawal lagi. Kalau dilayan sangat, tidur terus la jawapannya. Hehehe.

Dengan tertibnya saya mengganggu kacau kopi O panas dan tiba-tiba ternampak seekor lalat dalam kopi O panas. Terus panggil mamak tukar. Kalau korang kena, apa korang akqn buat ye?

Wassalam.

p/s : Program 2 hari. Esok balik Bagan Datoh dah. Sabtu ni mungkin ada program kat Teluk Intan plak.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 15, 2011

JEREBU. .. DI IPOH...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Gambar kat atas tu saya ambil sebelum solat Jumaat. Makin teruk jerebu sekarang ni. Saya ada di Ipoh sebab on the way nak ke Sungai Siput untuk attend Program Bina Negara.

Masa drive tadi pun memang jerebu makin teruk. Alhamdulillah. Sekarang dah hujan sikit. Harap kurang skit jerebu ni. Pedih mata saya dqn selsema saya dibuatnya.

Tempat korang camne plak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 1, 2011

IPOH...SAYA DATANG...

Salam sejahtera dan selamat pagi rakan-rakan blogger semua.

Saya baru je sampai Ipoh. Ada taklimat nak kena atttend. Pagi tadi saya keluar rumah pukul 5.15 pagi. Huhu...

Awal kan? Perjalanan dari Bagan Datoh ke Ipoh ambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Itu kalau saya drive laju dan lori kurang. Tapi kalau masa saya keluar lori tengah banyak kat atas, memang lambat la jawabnya. Huhu...

Alhamdulillah. Saya selamat sampai ke Ipoh. Lepas taklimat nanti, saya nak balik Penang. Kalau sempat, nak pergi tengok movie Transformers 3. Hehe... Nak tengok dalam 3D.

Sape orang Ipoh atau pernah datang Ipoh angkat kening macam Ziana Zain. Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka