Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label service teruk. Show all posts
Showing posts with label service teruk. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

DOMINO'S PIZZA - KALI PERTAMA DAN KALI TERAKHIR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Malam semalam, saya bawalah wife saya dan Mayeesa ke Teluk Intan sebab nak bayar loan bulanan kereta. Kemudian, saya ingat nak bawa wife saya makan pizza. Mula-mulanya memang target nak makan Pizza Hut, tapi hujan turun lebat pula. Takut Mayeesa kena hujan. So, saya pun cadangkan Domino's Pizza di Giant Teluk Intan.

Ini kali pertama kami nak cuba makan di Domino's Pizza. So, wife saya pun kata 'OK'. Sampai je di restoran Domino's Pizza ini, ada sepasang je pelanggan tengah minum Air Revive satu tin. Lengang je ruang makan a.k.a Dine In restoran ini. Saya memang rasa pelik sebab biasanya restoran sebegini ramai orang. Tak pun adalah 5,6 orang tengah makan.

Saya dan wife pun terus masuk dan ke kaunter. Seorang staf lelaki yang tengah bercakap dengan kawan-kawan dia di luar bergegas masuk.

Staf : Ya? (Muka tak senyum)

Saya : (Tengah membelek-belek menu yang ada di kaunter. Ternampak satu menu dan terus bertanya,) Set ini kalau saya nak tukar air Pepsi ini ke air lain boleh ke?

Staf : (Dengan wajah konfius) Tak boleh rasanya. Harga nanti kira lain.

Wife Saya : Minuman panas ada tak?

Staf : Takdelah. Cuma ada yang sejuk je.

Saya : Air Mineral?

Staf : Takde. Kami boleh letakkan air kosong dalam cawan.

Wife Saya : Oklah kalau macam itu.

Saya : (Saya pun belek-belek menu dan ternampak menu seperti gambar di bawah)


Saya : Saya nak yang inilah. Air boleh tukar Ice Lemon Tea kan?

Staf : Errr...(Dia tengok menu tu). Boleh.

Saya : Ada pilihan roti ni. Saya nak Garlic Bread.

Staf : Ok encik. Minta nombor telefon encik?

Saya : Buat apa?

Staf : Untuk rekod kami.

Saya : Owh... 01XXXXXXXX.

Staf : Nama encik?

Saya : Naser.

Staf : Ok. Pizza encik yang nipis, sederhana atau tebal?

Saya : Bukan dalam set ini dah ditetapkan ke? Ini dia tulis regular. (Sambil tunjuk pada menu tadi)

Staf : Encik boleh pilih antara nipis, sederhana atau tebal?

Saya : Bagi saya sederhana la.

Staf : Ok. Semuanya RM36.30.

Saya pun keluarkan duit dan bayar.

Staf : Dalam 15 minit akan siap.

Saya : Ok. Terima kasih.

Saya pun berlalu pergi duduk di meja dengan wife saya dan Mayeesa.

Seperti di Pizza Hut, saya fikir pihak Domino's Pizza akan hantar ke meja kami tapi nama saya dipanggil untuk ke kaunter ambil makanan dan minuman kami. Saya dengan muka kebingungan ke kaunter untuk ambil makanan dan minuman kami.

Wife Saya : La... Bukan dorang hantar ke meja ke?

Saya : Entah. Kita makan je la. Memang sah takkan datang lagi makan kat sini la.

Wife Saya : Betul tu.

Kami pun makan cepat-cepat sebab Mayeesa dah mula meragam. Kalau beginilah cara mereka, baik saya minta bungkus dan makan di rumah je. Takpelah, lain kali memang saya takkan makan di Domino's Pizza dah.

Yang paling teruk, saya minta Garlic Bread, dorang bagi Cinnamon Bread. Nasib baik Cinnamon Bread ini sedap juga. Saya layan je la. Lepas itu, masa saya ambil makanan dan minuman Ice Lemon Tea yang masih di dalam tin, saya tanya staf itu mana air mineral yang tadi kata boleh letak dalam cawan. Dia cakap memang dorang tak sediakan air dalam cawan sebegitu. Tadi staf yang lagi satu cakap boleh bagi, sekarang staf ini kata tak boleh bagi.

Dalam hati rasa kecewa sangat sebab service tak memuaskan, makanan tersilap bagi, informasi tentang menu jualan pun lemah, senyuman memang tak ada dan layanan memang hancur.

Lagi satu, dalam resit saya, langsung tak ada Set yang saya pesan di atas tapi dalam resit itu saya semacam order secara berasingan saja. Memanglah mahal dari harga set tersebut. Kecewa sangat saya dengan Domino's Pizza. Memang saya dan wife saya takkan makan di Domino's Pizza lepas ini.

Mungkin pihak pengurusan dorang kena buat latihan tentang bagaimana teknik melayan pelanggan dan mungkin kena ajar dorang untuk 'senyum'.

Korang pernah kena macam saya ini di mana-mana restoran?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 4, 2011

PENANTIAN HAMPIR 2 BULAN DAH BERAKHIR!!

Salam sejahtera semua kawan-kawan.

Penantian aku selama hampir 2 bulan dah pun berakhir.  Tentu korang tertanya kan ape la si nasz ni dinantikan?  Jawapannya netbook HP baru aku la.  Korang mesti fikir apa la, pasal netbook je ke? Buang masa betul la.  Kemudian, aku akan cakap "TUNGGU!"


Ceritanya begini:

Pada Bulan Oktober 2010, aku telah ke TM Point Teluk Intan untuk memohon Perkhidmatan Streamyx yang disertakan dengan netbook HP.  Selepas seminggu lebih kurang, pihak TM menelefon aku mengatakan alamat yang dimasukkan ke dalam sistem mereka adalah tersilap.  Oleh itu, dorang pun cancel order aku dan masukkan order baru dengan alamat yang betul.  Alamat yang silap tu  bukan salah aku k? Dorang salah key in.  Tunggu la aku lagi 2 minggu sebelum kontraktor datang ke rumah aku untuk pasang talian telefon dulu.  Lepas talian telefon  dipasang, aku dimaklumkan oleh kontraktor tu yang modem wireless akan dihantar ke pasang dalam masa 14 hari.  Selepas 14 hari, modem wireless dan streamyx belum lagi dipasang.  Aku terus call 100 untuk tanyakan status streamyx aku.  Yang memeranjatkan aku, permohonan streamyx TIADA.  Oleh itu, dorang janji akan hantar email ke TM Point Teluk Intan untuk daftarkan streamyx aku.  Sebulan lebih aku asyik call 100 untuk tanya status streamyx aku tapi jawapan yang aku dapat ... "sedang diproses".

Aku terus la pergi balik TM Point Teluk Intan dan kemukakan masalah aku ni.  Kelam kabut dorang masukkan permohonan dalam sistem.  Selepas tu, pada 22hb Disember 2010, datanglah orang untuk pasang modem TM.

Lepas siap je pemasangan, terus aku tanya bila netbook HP aku akan sampai.  Dorang cakap dalam masa 14 hari.  So, aku tunggu la 14 hari.  Tak ada apa-apa respon.  Aku terus call 100.  Jawapan dorang "Kami akan bantu encik dengan hantar laporan ke bahagian processing kami dan minta cepatkan penghantaran order ke pihak HP".  Aku telefon pihak HP, dorang belum lagi terima apa-apa order untuk netbook.  Banyak kali gak la aku call 100 tapi tak ada apa-apa perubahan pun.  Terus aku ke TM Point untuk kali ke tiga, staf TM Point tu suruh aku balik dulu.  Dia akan terus contact orang yang incharge untuk penghantaran Netbook HP ni tapi hampir  3 minggu tak call pun.  Aku still telefon HP dan 100 tanya status Netbook HP aku.  Macam biasa la "dalam proses".  Untuk kali keempatnya, aku ke TM Point Teluk Intan dan jumpa staf yang duduk kat sebelah staf yang janji akan contact aku.  Dia tak pandang aku langsung.  Bersirap gak la aku tapi tak apa.  Aku sabar.  Aku bagitau staf tu yang Netbook HP aku tak sampai-sampai lagi.  Dah dekat sebulan lebih.  Kelam kabut dia dapatkan maklumat dan email ke bahagian processing.

Dan akhirnya hari ini (4 Mac 2011), Pakcik yang kerja hantar Netbook HP call aku untuk hantar.  Aku excited la.  Dekat lebih sebulan nak masuk 2 bulan menanti Netbook HP aku.  Nak online kena pergi CC.  Sejam dah RM2.50. Main 4 - 5 jam lima hari.  Korang kira sendiri la.

So, ini Netbook HP aku yang berjaya mengubat hatiku yang terluka dek service TM yang teruk dan lembap.

So, bolehlah aku online kat rumah je. Hehe. Syok. Itulah ceritanya.  So, apa pendapat korang?

Adios.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka