Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label merah padam. Show all posts
Showing posts with label merah padam. Show all posts

Friday, February 24, 2012

"PSSST... TOLONG BAGITAU KAWAN AWAK TU..."

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Kisah ni saya dengar dari kawan saya sebenarnya. Kawan saya cerita, ada kat satu syarikat ni buat satu temuduga untuk cari pekerja baru. Masa tu ramai gak yang apply. Si kawan kepada kawan saya pun apply sekali.


Si dia berjalan masuk dengan penuh macho. Kawan saya jalan sebelah dia relax je. Ada dua tiga awek asyik tengok-tengok kemudian gelak-gelak kecil sambil tutup mulut. Kawan kepada kawan saya terperasan dan ingat awek-awek tu tengok sebab dia smart hari tu.


Kemudian, salah seorang daripada awek tu berjalan ke arah dia dan kawan saya. Kemudian, dia panggil kawan saya dan berbisik sambil menunjuk jari kepada kawan kepada kawan saya. Kemudian berlalu pergi. Si dia ni ingat awek tu nak minta nombor handphone dia tapi kawan saya ni tarik dia ke tepi dan bisik kat telinga dia,


"Wei, zip hang tak tutup la. Awek tadi suruh aku bagitau hang"


Sepantas kilat dia memandang ke bawah dan terus tutup zipnya. Muka dia dah merah padam dah. Itulah, lain kali check dulu baju dan seluar kita bila ada orang tengok kita sambil gelak-gelak kecil tutup mulut. Mesti ada something "terbuka" ni. Hehehe.


p/s : Kalau korang kat tempat si dia tu, apa korang rasa dan akan buat?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka