Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label mesin. Show all posts
Showing posts with label mesin. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

BEKERJA DENGAN MANUSIA TAK SAMA DENGAN MESIN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pernah bekerja di kilang. Di kilang ubat, dulu saya cuma akan bekerja dengan sebuah mesin. Kerja saya pastikan serbuk untuk buat Panadol mencukupi dan kemudian timbang setiap 30 minit untuk pastikan beratnya sama dengan piawai yang ditetapkan. Senang kerja dengan mesin ni sebab kita cuma ON dan pantau. Itu je. Nak sembang dengan tak boleh sebab kalau mesin tu tiba-tiba sembang dengan saya, memang saya buat pecutan laju balik ke rumah menyorok dalam selimut. Hehehe.

Berbeza bila kita bekerja dengan manusia ni. Kena ada komunikasi. Kalau tak, kerja tak jadi ataupun jadi pun mesti ada kurangnya. Sebab kita sebagai manusia ada perasaan. Bila kita rasa seronok buat kerja, maka seronoklah hasilnya. Kalau kita tak seronok buat, tak seronoklah hasilnya. So, kenalah kita menyesuaikan diri dengan orang yang kita kerja sama-sama.

So, kalau korang ada pilihan, korang nak kerja dengan mesin atau manusia?

p/s : Teringat masa kerja kat kilang perabot dulu. Kerja dengan Warga Nepal dan Bangladesh.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka