Sekarang ni saya berada di sebuah Restoran Nasi Kandar di Ipoh. Saya ada Program Pendaftaran Lewat Kelahiran dengan JAKOA ( Jabatan Kemajuan Orang Asli) di Gerik Penang. Pagi berkumpul di Bangunan KDN Ipoh seawal pukul 7 pagi.
Sementara tu, saya pun ambil kesempatan untuk sarapan dulu. Roti Telur + Roti Kosong dengan Kopi O Panas. Disebabkan saya keluar dari rumah saya dalam pukul4 pagi tadi, rasa mengantuk ni agak mencengkam mata. Tapi masih boleh kawal lagi. Kalau dilayan sangat, tidur terus la jawapannya. Hehehe.
Dengan tertibnya saya mengganggu kacau kopi O panas dan tiba-tiba ternampak seekor lalat dalam kopi O panas. Terus panggil mamak tukar. Kalau korang kena, apa korang akqn buat ye?
Wassalam.
p/s : Program 2 hari. Esok balik Bagan Datoh dah. Sabtu ni mungkin ada program kat Teluk Intan plak.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka