Gambar yang korang tu saya tangkap masa kat Kampung Selaor, RPS Banun, Gerik, Perak. Ini adalah dari pemerhatian saya saja. Setiap kanak-kanak yang lahir tak kira la dalam kaum Melayu ke, kaum Cina ke, kaum India ke dan sebagainya, sama je.
Mereka ni adalah anugerah yang tak semua orang dapat. Saya pernah jumpa pasangan yang dah kawin bertahun-tahun tapi tak dikurniakan anak lagi. Semua kanak-kanak yang lahir ni adalah suci daripada dosa.
Apa yang membezakan adalah cara didikan ibu, bapa dan penjaga masing-masing. Tapi bila tengok berita baru-baru ini, kes buang bayi dalam longkang, campak bayi dari tingkat 3, buang bayi dalam tong sampah...mana pergi sifat perikemanusiaan orang yang bergelar manusia ni?
Ada orang berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan anak. Tapi ada yang sewenang-wenangnya buang anak.
Jom kita sama-sama bermuhasabah.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
