Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label jawatan. Show all posts
Showing posts with label jawatan. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

"CEH...BARU ADA PANGKAT SIKIT, DAH BERLAGAK."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah syok layan lagu Najwa Latif - Cinta Muka Buka, tiba-tiba terus hilang mood. Ada Hamba Allah yang tak perlulah disebutkan namanya, saya pun tak kenal, tetiba nak sentap dengan komen saya post kat FB kawan saya sorang ni. Niat nak gurau je. Yang tuan punya FB tak cakap apa pun. Dia ni plak lebih-lebih.

Saya pun check info FB dia, rupanya berpangkat gak la tapi Kementerian lain. Tinggi sikit kot dari saya. Hahaha. Saya ni jawatan biasa-biasa je. Kalau korang tengok kat FB saya, saya tulis kakitangan je. Saya lebih selesa bila orang anggap saya ni rakan sekerja. Senang nak berkomunikasi dan senang nak buat kerja. Lagipun, tak adalah orang nak kutuk-kutuk kat belakang saya. Hehehe.

Entry ni bukan nak menghina dia tapi cuma nak luahkan perasaan saya je. Saya tak tahu orang tu ada blog ke tidak tapi kawan saya yang jadi kawan dia ni ada blog. Berbelit kan? Hehehe. Nanti dia boleh bawa pangkat tu masuk kubur bila dah mati nanti kot? Kalau boleh, good luck untuk dia.

Ingatan untuk diri saya dan korang yang nak dengar, setinggi mana pun jawatan korang, sentiasa pandang ke bawah, sentiasa merendah diri, pasti perasaan berlagak dan riak tu takkan timbul. Tapi, kadang-kadang saya pun terbabas gak. Hehehe.

p/s : Baru jadi Penolong Pegawai tapi dah berlagak. Ceh... Nasib baik saya tak kenal.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka