Dua tiga hari lepas, saya ada jumpa seseorang yang berperangai seperti frasa di bawah :
"Aku ini sepupu Dato' ....."
Korang pernah jumpa orang macam ini? Saya ini cukup pantang jumpa orang sebegini. Disebabkan dia sepupu kepada Dato' ... , dia boleh dapat keistimewaan ke? Dia bangga betul dengan status "sepupu kepada dato'..." tersebut.
Padahal, jawatan tersebut bukan boleh bawa ke lubang kubur pun. Tapi, tak boleh juga salahkan Dato' ... itu sebab kadang-kadang beliau pun tak tahu si sepupu ini gunakan nama dia untuk dapatkan keistimewaan. Biasanya bila saya jumpa orang sebegini, saya buat bodoh je. Saya layan macam orang lain.
Korang pernah jumpa orang sebegini? Apa korang buat bila korang terjumpa orang sebegini?
p/s : Terlalu sibuk sampai mampu update satu entry je setiap hari. Siang malam kerja.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka