Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, April 16, 2012

DUGAAN STUDI DI MCDONALD...

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sekarang berada di McDonald Centre Point Klang. Macam biasa, menikmati ayam goreng McDonald yang pedas. Ternampak seorang budak sekolah perempuan duduk berdekatan saya dan isteri sambil membuka sebidang buku. Denagan tekun dia membaca tanpa mempedulikan orang lain.

Teringat masa dan kawan saya bernama Abdul Razak, masa tu saya masih bersekolah di Penang Free School. Pada suatu petang yang damai dan menyelerakan, kawan saya Si Razak ni bagi cadangan.

Razak : Naser, jom kita studi kat McD?

Saya : Hang biaq betoi.

Razak : Betoi la.

Saya : Ok gak.

Kami pun dengan semangatnya memegang dan membawa buku yang kami akan gunakan untuk studi. Sampai je kat McDonald tu, kami terus naik ke tingkat atas dan duduk di satu penjuru. Tanpa membuang masa lagi, terus kami buka buku dan mula menelaah.

3 minit kemudian...

Razak : Lapar la.

Saya : ye la. aku pun.

Razak : Kita makan dulu nak?

Saya : Jom.

Kami pun turun bawah dan pergi kaunter untuk order makan serta naik ke atas semula dengan makanan masing-masing. 15 minit lepas makan, kami tak buka buku lagi tapi terus sembang. Sembang dan terus sembang. Masa berlalu macam tu je. Sampailah Razak tertengok jam dia.

Razak : wei.. Dah pukul 4 lebih. Jap lagi nak main basketball. Jom la balik.

Saya : la... Belum studi apa pun ni.

Razak : Tak boleh studi la. Banyak sangat dugaan ni.

Saya : Ye la. Tak dapat fokus studi ni. Jom la balik.

Kami pun berjalan balik. Hehehe. Korang rasa korang boleh tahan dugaan bila studi kat McD tak? Atau korang pun akan jadi macam kami. Hehehe.

p/s : Teringat kawan saya Si Razak ni. Dia duduk Kota Kinabalu Sabah tapi studi kat Semenanjung di bawah pembiayaan Yayasan Sabah. Dah lama tak jumpa dia. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. haha.. mana taknya, terbau aje burger n ayam McD yg best tu.. haha :D

    ReplyDelete
  2. kalau sy pon kalah ngan lapo.haha

    ReplyDelete
  3. dugaan 2 bau mcm2 dlm mcd tp eskrem br mcd sedap...hoho

    ReplyDelete
  4. memang menguji kesabran hahahaa
    jom join ni
    http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/blogger-pilihan-chegu-zubir.html

    ReplyDelete
  5. antara buku dan burger.... mana yg lebih menggoda????? he3

    ReplyDelete
  6. Boleh, dan selalu buat. Tak ada masalah nak makan dan minum sambil study, cuma jangan ada kawan. Kalau nak studi di McD, kena sorang2.

    ReplyDelete