Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label mcd. Show all posts
Showing posts with label mcd. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

SALAH KE KITA BOIKOT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di Facebook, banyak kawan-kawan post status yang menyokong untuk Boikot barangan Israel. Saya perasan ada juga yang berpendapat,

"Buat apa boikot? Bukan ada apa-apa effect pun"

Mungkin betul cakap orang tersebut TAPI saya rasa saya tetap nak boikot juga.

"Sebab apa? Bukan ada effect apa-apa pun"

Ada effect atau tidak, itu bukan alasannya. Sekurang-kurangnya saya buat sesuatu untuk menunjukkan saya tak setuju serangan terhadap Gaza. Walaupun sekecil mana pun, saya rasa saya patut buat. In shaa Allah, terkurang satu peluru untuk membunuh saudara Islam saya di Gaza.

Saya mengaku saya memang suka makan di McDonald. Memang sedap makanan di McDonald. Tapi, saya rasa tak mati kot kalau tak dapat makan satu ketul ayam goreng dorang. Lebih baik saya beli ayam goreng di pasar malam atau makan ayam goreng yang wife saya masak, lagi sedap dan murah. Boleh jimat sikit kan?

Nak boikot atau tidak, itu tindakan korang masing-masing. Saya akan boikot yang mana saya mampu saja. Walaupun sesikit manapun boikotan saya, saya tetap akan boikot.

Cuba korang bayangkan semua umat Islam di seluruh Negara Islam bersatu menyerang Israel?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 23, 2012

"MINTA MAAF ENCIK, AYAM GORENG TERHAD"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas makan ayam goreng kat McD. McD mana? Tak perlulah saya nyatakan di sini. Nanti jadi isu hangat plak. Hehehe.


Masa order makanan di kaunter:


Staf McD : Selamat datang, encik. Makan sini atau bawa balik?


Saya : Makan sini. Saya nak 2 set Ayam goreng Spicy. Nak yang isi ye?


Staf McD : Maaf encik. Ayam goreng kita terhad. Yang mana ada je kita boleh bagi.


Saya : (Terkejut) Owh.. Ye ke? Oklah.


Reda je la. Teringat kes KFC yang pelanggan mengamuk sebab ayam goreng habis dulu. Adakah kes yang akan berulang di McD ini? Hehehe.


p/s : Nasib baik wife saya tak mengamuk. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 16, 2012

DUGAAN STUDI DI MCDONALD...

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sekarang berada di McDonald Centre Point Klang. Macam biasa, menikmati ayam goreng McDonald yang pedas. Ternampak seorang budak sekolah perempuan duduk berdekatan saya dan isteri sambil membuka sebidang buku. Denagan tekun dia membaca tanpa mempedulikan orang lain.

Teringat masa dan kawan saya bernama Abdul Razak, masa tu saya masih bersekolah di Penang Free School. Pada suatu petang yang damai dan menyelerakan, kawan saya Si Razak ni bagi cadangan.

Razak : Naser, jom kita studi kat McD?

Saya : Hang biaq betoi.

Razak : Betoi la.

Saya : Ok gak.

Kami pun dengan semangatnya memegang dan membawa buku yang kami akan gunakan untuk studi. Sampai je kat McDonald tu, kami terus naik ke tingkat atas dan duduk di satu penjuru. Tanpa membuang masa lagi, terus kami buka buku dan mula menelaah.

3 minit kemudian...

Razak : Lapar la.

Saya : ye la. aku pun.

Razak : Kita makan dulu nak?

Saya : Jom.

Kami pun turun bawah dan pergi kaunter untuk order makan serta naik ke atas semula dengan makanan masing-masing. 15 minit lepas makan, kami tak buka buku lagi tapi terus sembang. Sembang dan terus sembang. Masa berlalu macam tu je. Sampailah Razak tertengok jam dia.

Razak : wei.. Dah pukul 4 lebih. Jap lagi nak main basketball. Jom la balik.

Saya : la... Belum studi apa pun ni.

Razak : Tak boleh studi la. Banyak sangat dugaan ni.

Saya : Ye la. Tak dapat fokus studi ni. Jom la balik.

Kami pun berjalan balik. Hehehe. Korang rasa korang boleh tahan dugaan bila studi kat McD tak? Atau korang pun akan jadi macam kami. Hehehe.

p/s : Teringat kawan saya Si Razak ni. Dia duduk Kota Kinabalu Sabah tapi studi kat Semenanjung di bawah pembiayaan Yayasan Sabah. Dah lama tak jumpa dia. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, January 9, 2012

"AYAM GORENG.. OH DI MANA-MANA"

Sekadar Hiasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Seperti yang korang tahu dan bagi yang tak tahu, buat-buat tahu je la, saya ni peminat tegar ayam goreng. So, bila terbayang ayam goreng, saya akan terbayang KFC atau McD.

So, apa yang saya nak merapu kat sini adalah bila saya travel dengan mendrivingkan kereta kenari saya yang dah beberapa bulan tak basuh akibat kedekut dan malas, mesti saya akan ternampak KFC atau McD di sebelah kiri atau kanan saya.

Perut plak tetiba rasa lapaq tapi disebabkan diet, tahan je dulu. Diet la sangat. Hahaha. Tapi, sekarang ni dah makin banyak sampai ke daerah kecil pun dah ada sekurang-kurangnya KFC.

Restoran Fastfood macam KFC dah menjadi tempat wajib untuk semua rakyat Malaysia menjamu selera dan tak lupa mata. Betul tak? Hehehe.

Ada ke geng kita kat sini tak pernah makan kat KFC atau McD?

p/s : Gambar ada kaitan sikit dengan entry sebab bekas belakang tu penuh dengan ayam hidup. Pemberi inspirasi untuk tulis entry ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 10, 2011

KEENAKAN GCB...HEHEHE...JANGAN JELES..


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Enaknya GCB ni. Ayam panggang sungguh manis. Puas betul melantaknya... Ini bukan saya cakap, mulut, lidah dan perut yang menterjemahkan dalam otak saya.

Tapi pada masa memang saya akui keenakan GCB ni. Macam mana dorang bleh buat GCB ni seenak begini? Saya pun tak tau tapi saya suka.. Ehh... Mulut, lidah dan perut saya suka. Hehe...

Sekarang saya sedang terbongkang kekenyangan. Perut saya dah stop menyanyi lagu tema mcd dah. Sekarang tengah menyanyi lagu tema 'Lagi Best' plak. Takkanlah... Tidaakkk!!! Takkan nak suruh saya telan MyVi Edisi Lagi Best plak... Hehehe... (perut saya yang senyum sinis)..

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

KEMPUNAN MCD...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Terasa kempunan nak makan mcd plak ni. Perut pun mula berbunyi-bunyi menyanyikan lagu tema mcd i'm loving it. Camne ni? Nak turutkan kata perut yang makin memboyot ni atau tak? Kepala makin pusing.

Drive kereta pun tak betul dah. Mata pandang kereta depan nampak kotak GCB. Ni betul-betul dah kronik ni. Tapi hati tak nak membazir. Perut pula sedang bernyanyi lagu tema mcd. Argh... Macam mana sekarang?

Akhirnya setelah ditimbang tolak bahagi dan tambah, keputusan yang amat drastik diambil. Keputusan yang dapat memuaskan hati sebelah pihak. Akhirnya... Saya makan GSC juga. Haha...

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 20, 2011

GCB ... SEDAP!!!


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Petang semalam, saya boring duduk rumah.  Astro pun tidak menyajikan cerita-cerita yang menarik.  So, saya ambil keputusan nak makan McD. Ternampak dalam tv ada GCB. Apa tu GCB? Korang mesti tau nyer kan?

GCB itu bermaksud Grill Chicken Burger. Sedap. Lagipun saya makan megi je masa tu. Memang tengah lapar gila. So, saya order set Large.

Saya memang suka makan McD. Kalau nak dibandingkan dengan KFC, McD faveret saya.  Tapi memang sedap GCB tu. Hehe..

Nak tanya korang ni? Korang minat makan ape kat McD?

Berani jawab? Hehe..

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka