Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, November 3, 2010

KEPENTINGAN KESEDARAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA!!!

Salam sejahtera semua.

Sekarang nie hampir tiap hari update blog.  hehe.  Biasa la tengah rajin sekarang.

Nak cite ape plak ari nie ye?  ha..dah dapat idea. Last few week, saya pergi Maybank di Hutan Melintang untuk masuk wang kutipan jabatan.  So, saya drive kenari kesayangan saya...hehe...ke sana.  Jaraknya lebih kurang 30 km la.  Jauh kan?  Hehe.  Tapi saya da biasa.  Lagipun pakai kenari nie save minyak skit.  Masa drive tue, budak sekolah baru je habis.  So, berpusu-pusu la dorang nak balik rumah.  Ternampak la saya beberapa budak sekolah yang tengah menunggang motor.  Dah la tak pakai helmet, bawa motor tengah-tengah jalan plak tue.  Saya confirm dorang mesti takde lesen.  Berita kemalangan yang banyak dalam suratkhabar, tapi langsung tak ada kesedaran.  Saya sempat snap gambar:


Ibu bapa dorang macam tak kisah pun.  Kalau dah kemalangan dan masuk suratkhabar baru nak mengelabah.  Keluar statement ini la, itu la.  Bukan hari tue saja, banyak kali aku tengok. 





Ada gambar-gambar yang hari-hari lain aku tangkap.  Harap perkara nie dapat diambil perhatian sebab ia melibatkan nyawa.  Lagipun, aku dengar radio Era FM kata statistik kemalangan kat Malaysia sangat tinggi.  So, kita kena ambil berat tentang perkara-perkara macam nie.



Rakyat Malaysia nie masih kurang kesedaran mengenai keselamatan di jalan raya.  Saya harap dorang akan sedar dan saya berdoa sangat-sangat supaya tiada lagi kemalangan yang meragut nyawa orang lagi.  Saya tak tahu sama ada saya boleh lalui perasaan kehilangan orang tersayang sampai akhir hayat.

Sesiapa rakan-rakan ada comment, boleh la drop kat bahagian comment ye?  Terima kasih kerana sudi membaca.  Saya nak minta maaf kalau ada yang terasa.  Ini cuma pendapat saya. Itu saja.

Adioz.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. jalan raya sebenarnya makin lama makin bahayakan abg nasz.. berita semalam.. ambulance pon dah eksiden.. ada pesakit plak lam tu.

    ReplyDelete