Aku sedih sangat. (tengah sedih nie...kot?). Bumper depan dengan signal kecik kiri kanan kanan kat depan kenari kesayangan aku pecah. Bumper kereta sape ntah jatuh atas tengah jalan tengah malam Rabu (Hari raya haji hari tue la). Dah la tengah hujan, aku pun drive kenariku mengikut kelajuan yang ditetapkan bila drive dalam hujan (faham2 je...ikut kitab aku la..haha). Tiba-tiba muncul sebuah bumper belakang kereta si bongok mana ntah kat tengah jalan. Nak mengelak, confirm aku terbabas sebab jalan licin. Nak tak nak aku redah je la. Habis bumper depan aku retak skit (skit pun duit woo..). Nasib baik tak pancit je tayar aku...
Nak kena buat belanjawan baru la nampaknya untuk overhaul enjin dengan barang-barang kenari aku. Nak buat macam mana? Dah sayang..Hehe..
Kesian aku. Sebarang bantuan atau derma bolehlah dihantar seperti alamat yang tertera di mana-mana saja. Hehehe...
Itu je...
Adios..
Sila Tekan Like Jika Suka
org laki kalau bab kereta memang nombor 1 kan abg nasz..hahah:)
ReplyDelete