Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, May 9, 2013

GIVEAWAY NASZ : SIAPA NAK TOPUP RM5?

SEGMEN TELAH TAMAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak buat apa-apa giveaway kan? Blogger yang selalu join giveaway yang saya anjurkan mesti tahu. Hehehe. So, kali ini saya nak anjurkan satu giveaway ringkas untuk korang yang berminat.

Hadiahnya ialah :

TOPUP RM5 X 6 ORANG BLOGGER BERTUAH

Cara nak join :

1. Buat satu entry baru. Copy dan paste gambar Header di atas ke dalam entry baru tersebut. Jangan lupa linkkan ke post ini.

2. Salin tajuk ini, "GIVEAWAY NASZ : SIAPA NAK TOPUP RM5?"

3. WAJIB LIKE FAN PAGE DI BAWAH :


4. Promosi giveaway ini kepada kawan-kawan dan ajak dorang join ramai-ramai. Kalau boleh, taglah seberapa ramai rakan korang.

5. Publishkan dan letakkan url post penyertaan korang kat ruang komen di bawah.

Pemenang akan dipilih menggunakan random.org. So, korang joinlah ramai-ramai dan kalau ada rezeki korang, dapatlah Topup RM5 free kan? 

Tarikh tutup Giveaway adalah pada 09.05.2013 jam 10.00 malam. (Tarikh dan masa mungkin diubah mengikut kehendak saya).

p/s : Saya berharap peserta yang join giveaway ini jujur dan mematuhi semua peraturan yang saya minta.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI 2013 AMERCORNER

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini saya nak join satu segmen bloglist dari Amer. Segmen bloglist ini simple je nak join. Tak perlu nak tag, like dan klik bagai-bagai benda. Korang yang nak join cuma perlu follow blog Amer, buat satu entry dan kalau sudi, letakkanlah blog Amer di bloglist korang. Senang kan?

Penting ke bloglist ini?

Mestilah penting. Bila url blog kita berada di blog orang lain, apa saja entry yang kita telah update akan secara automatiknya dikemaskini dalam bloglist blogger tersebut. Memang sangat penting bloglist ini bagi memperkenalkan blog kita kepada orang lain. Sudah semestinya, blogger yang berkunjung ke blog blogger tersebut secara tak langsung akan melihat link blog kita. Kita dapat promosi blog kita secara percuma. Rugi ke?

Jadi, saya ingin mengajak semua rakan-rakan blogger yang join segmen ini. Tak susah mana pun. Senang je. Tarikh tutup segmen ini adalah pada 12hb Mei 2013 jam 11.59 malam.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

KENAPA BANGKITKAN ISU PERKAUMAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam suratkhabar dua tiga hari banyak keluar berita yang bagi saya seperti ingin menyemai kebencian terhadap kaum lain. Perlu ke kita buat begitu? Kenapa nak cambahkan lagi kebencian antara sama lain?

Negara Malaysia kita bukan besar seperti Amerika Syarikat ataupun Eropah. Negara kita kecil je. Negara kita ini terdiri daripada berbilang kaum. Kalau setiap kaum berbalah dan bergaduh, apa akan jadi dengan Negara Malaysia?

Saya menyeru semua untuk hentikan provokasi di antara kaum di Malaysia. Mari kita bersatu dan bersama-sama majukan Negara Malaysia ini. Mari kita hidup aman dan harmoni di bumi Malaysia.

Apa kata korang?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka