Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, January 18, 2014

JADUAL KURSUS INSENTIF DAH KELUAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jadual untuk Kursus Intensif Sidang Akademik 2013/2014 dah keluar.  Memang saya tahu kursus intensif ini bermula 21 Januari 2014 hingga 14 Februari 2014 dan cuma jadual baru saya perasan dah keluar.  Biasalah, kita ini bekerja dan jarang sangat nak buka website USM.  Saya dapat tahu pun dari rakan-rakan seperjuangan USM saya melalui Group Whatsup.  Kalau tak ada group ini, memang saya langsung tak tahulah.

Jadual ini nampak macam padat tapi tak semestinya sebab dia merangkumkan semua kos.  Saya nak kena tandakan sabjek mana yang saya ambil dan bila kelasnya.  Dah kembali ke zaman belajar semula saya ini.  Dah lama sangat saya tinggalkan buku dan otak saya pun dah berkarat sikit. Hehehe.

Ini merupakan semester / Tahun 1 Pertama saya.  Jadi, ini dah jadi pengalaman pertama saya belajar secara jarak jauh.  Sebelum ini, semasa saya ambil Diploma, saya belajar secara sepenuh masa.  Memang kerja saya belajar dan main saja.  Banyak masa yang terluang tapi sekarang ini ada komitmen lain.  Keluarga dan kerja. Kenalah saya belajar membahagikan masa.  Kalau tak, ke 'laut' la saya nanti.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, December 10, 2013

BANJIR ... BUKAN PESTA AIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini kita tahu bahawa Negeri Pahang dilanda banjir yang paling teruk tahun ini. Siap ada gelombang pertama dan gelombang kedua lagi.  Di Facebook, pelbagai pandangan dan luahan dilemparkan kepada pelbagai pihak.  Tak kiralah pihak Kerajaan mahupun Pembangkang.  Tapi, apa yang penting sekarang ini adalah tindakan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa ini.

Masa saya kecil dulu, saya mengganggap banjir ini macam pesta air.  Banyak air di depan rumah dan boleh mandi-manda.  Dulu, rumah saya adalah rumah papan tingkat atas.  Macam rumah-rumah kampung lama.  Oleh itu, bila air naik, Alhamdulillah tak pernah naik sampai terkena lantai atas rumah.

Pernah tak kita terfikir apa yang mangsa banjir ini perlukan?  Saya bagi satu senario yang biasa iaitu mangsa banjir di satu pusat penempatan yang telah terkepung dengan air banjir.  Bantuan makanan tak sampai-sampai.  Bila ditanya, pusat tersebut tak ada dalam senarai.  Kalau kita jadi mangsa, ada ke masa kita nak tengok senarai pusat penempatan mangsa banjir?  Kita lebih fokus untuk pastikan anak bini kita selamat dan terus menuju ke tempat penempatan yang terdekat.

Akibat banjir ini, barangan di dalam rumah termasuklah kenderaan yang ada mesti akan rosak dan tak dipakai.  Bukan sikit tapi boleh capai berpuluh ribu.  Mungkin buat masa ini, mereka tak fikir semua perkara itu.  Mereka cuma fikir masa sekarang.  Anak-anak kelaparan.  Mereka sendiri kelaparan.  Bantuan yang sampai pun ada niat lain.  Lepas pemberita balik, terus habis bantuan tersebut.  Bantuan lebih kepada nak menunjuk-nunjuk saja.

Mungkin kita belum kena lagi macam mereka di sana kena.  Syukur, Alhamdulillah.  Jangan disebabkan berbeza fahaman politik, kita jadikan alasan untuk membiarkan mereka di sana kelaparan dan kesejukan.  Kalau tak dapat sumbang apa-apa pun, berdoalah untuk mereka.  Tak salah kalau kita berdoa dan mohon Allah selamatkan mereka.

Sama-sama kita berdoa supaya mangsa-mangsa banjir ini tabah dan dapat pulang ke rumah masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 9, 2013

MAYEESA ... 11 BULAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.

Dah lama sangat saya mengabaikan blog saya ini.  Disebabkan bebanan kerja yang makin bertambah dan saya menyambung pelajaran secara jarak jauh di USM membataskan saya untuk mengemaskini blog saya ini.

Hakikatnya, itu cuma alasan. Sebab sebenarnya MALAS. Betul tak? Hehehe.

Mayeesa pun umur dah lebih 11 bulan.  Berjalan masih bertatih tapi gigi tumbuh awal. Ada pro dan con dia la kan? Gigi tumbuh awal, lambat berjalan. Cepat berjalan, gigi tumbuh lambat.

Alhamdulillah, Mayeesa semakin besar, semakin sihat. Cuma selsema sikit-sikit. Yang penting, mata dia tetap bulat seperti selalu. Hehehe.

Inilah buah hati saya yang kedua. Yang pertama sudah semestinya isteri saya kan?

p/s : Sibuk sangat sekarang. Letih.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka