Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, January 5, 2013

BILA EISYA DAH PANDAI KETAWA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Eisya sekarang dah pandai ketawa. Even dalam tidur sekalipun. Isteri saya yang snap gambar Eisya tengah gelak ni. Isteri saya cakap, bila dipanggil nama dia, Eisya terus gelak.

Kadang-kadang tengah tidur, Eisya mesti gelak sendiri. Mungkin sebab Eisya sedang bermimpi indah. Hehehe.

Saya sentiasa doakan Eisya akan jadi seorang anak yang taat dan juga seorang perempuan yang solehah. Amiiinnn.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

BILA EISYA TIDUR 'POSING'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Eisya sekarang ini dah pandai tidur berbantalkan tangan sendiri. Korang boleh meneliti gambar di atas. Nampak kan sebelah tangan Eisya berada di bawah kepalanya?

Orang kata, gaya tidur inilah yang Eisya buat semasa dalam perut ibunya dulu. Siapa orang itu, saya pun tak tahu. Tapi yang saya tahu adalah orang kata. Hehehe.

Tidur Eisya lena sekarang ini tanpa ada sebarang gangguan. Yang penting, perut Eisya kenyang dengan susu ibunya. Pastu, Eisya akan terus tidur dengan lenanya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, January 4, 2013

BUDAK SEKOLAH AGAMA DAN ROKOK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah hari tadi saya ke salah sebuah masjid di Selangor. Masjid ini berdekatan dengan sebuah sekolah agama. Saya pun berjalan untuk mengambil wuduk, saya ternampak seorang budak lelaki lengkap berpakaian baju melayu putih dan seluar putih serta siap dengan bersampin hijau lagi. Sampin hijau ini sinonim dengan pelajar sekolah agama. Saya secara tak sengaja ternampak di tangannya ada sebatang rokok.

Muka budak tu kelihatan bangga sambil tunjukkan rokok tu kepada kawannya. Bila dia perasan saya tengah tengok, terus dia sorokkan rokok itu. Pelajar itu kelihatan kecil je dan saya yakin dia masih belum matang lagi.

Saya teringat kepada kawan-kawan saya dulu, dorang cakap kepada saya,

"Hang nak matang, hang kena hisap rokok"

Saya masa itu memang kedekut sangat. Saya cuma rasa pada masa itu daripada saya membazir beli rokok, baik saya simpan duit saja. Sebab itu, ramai juga yang tak layan saya sangat sebab dorang fikir saya tak matang tapi dorang dah matang dengan ... hisap rokok.

Sekarang ini dah makin teruk. Sampai budak sekolah rendah pun dah pandai hisap rokok. Duit beli rokok tu dorang dapat daripada siapa? Sudah semestinya daripada parent dorang.

Bagi saya, hisap rokok ini macam bakar duit je. Sebab dorang beli rokok, pastu bakar. Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka