Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label tarik balik. Show all posts
Showing posts with label tarik balik. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

SUBSIDI PETROL...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi mengisi minyak di Stesen Minyak Shell di Selekoh, Perak. Ternampak satu maklumat yang dilekatkan berkenaan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Terfikir saya, Kerajaan betul-betul dah takde duit ke? Terfikir gak saya kalau tiba-tiba Kerajaan tarik subsidi dan rakyat kena tanggung kos petrol seratus peratus, macam mana respon rakyat nanti?

Tadi saya tengok untuk Petrol RON 95, harga selepas subsidi ialah RM1.90 seliter. Subsidi ditanggung oleh Kerajaan ialah RM0.80 seliter. Kalau Kerajaan tarik subsidi tu semua, rakyat kena bayar untuk seliter petrol RON 95 sebanyak RM2.70.

Masa tu, confirm harga barang semua akan naik. Huhu... Tak dapat bayangkan dengan gaji sekarang nak survive.

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka