Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Dah lama tak buat segmen simple. Huhu... Kali ni saya nak satu segmen simple : My Wish ...
Ceritanya bermula, korang sedang berjalan-jalan pulang ke rumah. Korang berjalan melalui sebatang jalan yang sunyi. Korang pun jalanlah dengan penuh keberanian yang membara. Tiba-tiba sebuah teko lama jatuh di depan korang. Korang pun terkejut. Korang tengok tengok tu. Dalam takut-takut tu, korang pun pegang teko lama tu. Korang pun terfikir, "teko apa ni? Berhabuk la". Korang pun lap teko lama tu dan tiba-tiba asap putih pun keluar dari teko tu. Korang terduduk sambil tengok asap putih tu membentuk seorang lelaki yang tampan. "Assalamualaikum, saya adalah Jin Teko. Oleh kerana, awak telah membuang habuk pada teko saya, saya akan tunaikan satu WISH".
So, apa WISH korang?
Apa yang korang kena buat adalah:
1. Copy dan paste header kat atas tu kat entry korang.
2. Link kan entry korang post ini.
3. Salin tajuk ni, "SEGMEN SIMPLE : MY WISH ...".
4. Tulis satu entry selepas cerita merepek saya kat atas tu. Ceritakan tentang apa wish korang? Panjang entry, ikut korang.
5. Letakkan url entry korang ruang komen.
Seperti biasa, saya akan buat satu list untuk korang berblogwalking sambil baca wish rakan-rakan blogger yang lain. Kalau best, korang komen la.
Tarikh tutupnya pukul 11.59 malam ini (23hb Jun 2011).
Jom join segmen simple saya ni. Huhu...
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
