Sambal tumis udang dan sotong (faveret)
Credit Google
Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Rindunya masakan emak saya. Masak apa je, saya mesti makan. Kalau emak saya masak, fuh... sedap je. Huhu..
Tiba-tiba rindu nak makan masakan emak. Saya kerja di Bagan Datoh, Perak dan kampung saya di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Dah dekat sebulan saya tak balik kampung. Memang saya dah bagitau emak saya yang sekurang-kurangnya saya akan cuba balik sebulan sekali.
Kenapa ye? Sebab budget. Saya kawal perbelanjaan saya tapi ada masa terbabas gak. Huhu... Sebahagian simpanan saya, saya simpanan dalam bentuk emas dan akaun emas. Memang kalis inflasi.
Sekurang-kurangnya bila saya balik, ada gak duit sikit nak buat belanja adik-adik dan emak saya. Selalunya saya balik rumah, sampai je umah, saya akan tanya emak dah makan belum? Kalau belum, saya mesti ajak makan luar. Kalau semua adik-adik ada, semua saya bawa. Haha...
Korang tak rindukan masakan emak korang?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
