Betul ke korang ni anak Malaysia? Macam mana nak tentukan korang ni anak Malaysia? Sebab korang lahir kat Malaysia? Pastu, yang lahir kat Malaysia tapi menetap kat luar negara kira anak Malaysia gak ek?
Malaysia ni unik. Kita ada pelbagai jenis kaum yang hidup dalam satu negara. Anak Malaysia tak kira kaum. Semua rakyat Malaysia adalah anak Malaysia.
Bila kita nak tengok bola, kita kumpul kat kedai mamak. Kebanyakkannya la. Sebab apa? Sebab ada feel bila tengok bola kat kedai mamak. Hehehe. Biasalah tu.
Bila kita makan, makanan yang biasa kita dengar adalah Nasi Lemak. Nasi Lemak ni hampir semua kaum makan. Ada sesiapa yang allergic Nasi Lemak? Hehehe.
Bila ada eksiden, kitalah yang paling prihatin kan? Kita akan slow kan kereta untuk tengok-tengok sampai sesak jalan raya. Termasuklah diri saya. Padahal masa tu Ambulans pun dan bawa orang terlibat ke hospital. Kita slow kereta untuk tengok rupa kenderaan yang eksiden tu. Ada gak yang ambil nombor sebab ... korang pun tahu la (Untuk bukan Islam je k?).
Ada banyak lagi. Kalau korang nak tahu korang ni anak Malaysia sejati ke tak? Korang jawab KUIZ ni. Saya dapat 90% je. Korang share la markah korang kat ruangan komen lepas jawab ye?
Ada berani?. Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

