Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label maruah. Show all posts
Showing posts with label maruah. Show all posts

Monday, October 24, 2011

"CONFIRM KE BOYFRIEND AKAN JADI SUAMI NANTI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saja buka Facebook jap. Explore sebab sebelum ni buka pun, tak buat apa. Biar je dan lebih fokus kepada blog dan blogwalking je.

Tengok gambar kawan-kawan dan adik-adik perempuan yang saya kenal. Kawan-kawan perempuan saya kebanyakkannya dah kawin dan dah ada anak. Ada yang baru kawin. Tahniahlah saya ucapkan kat dorang. Ayat ni mesti ditanya:

"Hang bila lagi?"

Macam biasalah. jawapan saya:

"Belum sampai jodoh lagi"

Mantap tak jawapan saya? Hehehe. Anyway, bukan ini saya nak kongsikan kali ni. Saya tengoklah facebook page adik-adik perempuan yang saya kenal. Dasat betul budak-budak sekarang ni. Pakai baju yang takde lengan dan boleh nampak lurah dua buah bukit. Dorang bangga ek bila dapat tunjuk lurah tu kat kawan-kawan lelaki dorang?

Ada gak gambar dorang tengah berpeluk-peluk dengan boyfriend. Bercium la. Malunya bila gambar macam tu terpampang untuk tontonan orang lain. Pastu, bila break up, macam mana plak? Baru nak buang kot? Baru menyesal. Mulalah tak nak couple dah dan so on.

Persoalan saya sekarang, confirm ke boyfriend korang tu akan jadi suami korang nanti?

p/s : Entry ni saya buat untuk perempuan je sebab saya tengok majoriti perempuan yang senang terdedah dengan perkara macam ni.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka