Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label main perempuan. Show all posts
Showing posts with label main perempuan. Show all posts

Monday, October 24, 2011

"CONFIRM KE BOYFRIEND AKAN JADI SUAMI NANTI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saja buka Facebook jap. Explore sebab sebelum ni buka pun, tak buat apa. Biar je dan lebih fokus kepada blog dan blogwalking je.

Tengok gambar kawan-kawan dan adik-adik perempuan yang saya kenal. Kawan-kawan perempuan saya kebanyakkannya dah kawin dan dah ada anak. Ada yang baru kawin. Tahniahlah saya ucapkan kat dorang. Ayat ni mesti ditanya:

"Hang bila lagi?"

Macam biasalah. jawapan saya:

"Belum sampai jodoh lagi"

Mantap tak jawapan saya? Hehehe. Anyway, bukan ini saya nak kongsikan kali ni. Saya tengoklah facebook page adik-adik perempuan yang saya kenal. Dasat betul budak-budak sekarang ni. Pakai baju yang takde lengan dan boleh nampak lurah dua buah bukit. Dorang bangga ek bila dapat tunjuk lurah tu kat kawan-kawan lelaki dorang?

Ada gak gambar dorang tengah berpeluk-peluk dengan boyfriend. Bercium la. Malunya bila gambar macam tu terpampang untuk tontonan orang lain. Pastu, bila break up, macam mana plak? Baru nak buang kot? Baru menyesal. Mulalah tak nak couple dah dan so on.

Persoalan saya sekarang, confirm ke boyfriend korang tu akan jadi suami korang nanti?

p/s : Entry ni saya buat untuk perempuan je sebab saya tengok majoriti perempuan yang senang terdedah dengan perkara macam ni.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 8, 2011

"ENGKAU TAK BAWA DIA PERGI HOTEL KE?"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam tengah saya seronok berblogwalking tiba-tiba handphone saya berbunyi:

"Assalamualaikum. Naser bercakap. Siapa ni?"

"Ha. Naser ke ni? Ni A****"

"Ha.. Awat?"

"Ko nyer result exam jabatan dah dapat? Camne?"

"Oh. Dah dapat. Alhamdulillah aku lulus."

"Oh. Bagus la. Wei, aku nak tanya camne hang bleh pergi amik minah tu kat Parit Buntar?"

"N**** ka? Dah dia minta tolong, aku pun akan kat kampung, so, aku tolong je la."

"Ko tak bawa ehem ehem ke kat mana-mana?"

"Hah. Mana ada la. Isk. Merepek la hang ni"

"Ye ke? Tak bawa masuk hotel?"

"Apa hang merepek ni? Takde la aku nak buat benda tu pada dia"

"Ye ke?"

"Ye la. Isk."

"Pastu, korang buat pe?"

"Buat pe?Tak buat apa pun. Tak terfikir pun nak buat apa pun"

"Okla. Bila-bila datang rumah aku. Kita lepak-lepak."

"Insya Allah. Aku balik sebulan sekali je la."

"Oklah. Bye"

"Bye"

Lepas letak telefon tu, saya duduk kejap berfikir. Sampai camtu pemikiran manusia ni. Sampai nak bawa hotel dan bagai-bagai. Saya tolong dia pun ikhlas je. Tak minta apa-apa. Memang tak la saya nak lepak rumah dia.

Yang mengecewakan dia kira rakan sekerja saya dan dia boleh berfikir macam tu gak pada rakan sekerja (perempuan) kami satu lagi tu. Saya tak effect prestasi dan reputasi saya.

Mungkin sebab dah biasa hidup dalam suasana macam ni. Cuma saya harap sangat jangan anggap perempuan ni macam barang, bila nak pakai amik, bila dah tak nak buang. Cuba bayangkan itu emak atau adik perempuan dia yang kena. Dia suka? Sudah pastinya tak. Korang suka?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka