Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label action movie. Show all posts
Showing posts with label action movie. Show all posts

Monday, June 18, 2012

MOVIE REVIEW : PROMETHEUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya dan wife telah berjaya menonton movie Prometheus ini di TGV AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor.  Pada masa itu, memang banyak pilihan movie yang menarik tapi sebelum ini saya telah menonton trailer Movie Prometheus ini dan saya rasa movie ini agak menarik. So, saya decide untuk menonton movie ini.


Movie ini berkisar tentang dua orang pengkaji purba yang sedang mencari asal usul manusia. Dua pengkaji purba ini telah berjaya mengenalpasti planet yang mungkin adalah tempat asal usul manusia melalui ukiran dinding di dalam gua-gua di seluruh dunia yang sama tapi berbeza tahun.

Kemudian, penonton dibawa ke sebuah kapal angkasa yang sedang menuju ke planet dan galaksi yang telah dikenalpasti dalam ukiran dinding di dalam gua tersebut. Kapal angkasa ini dinamakan PROMETHEUS. Movie ini berkisar tentang 17 orang krew yang berada di Kapal angkasa PROMETHEUS yang mempunyai matlamat dan karekter yang berbeza.


Kesemua 17 krew di'hyper sleep'kan dalam satu bekas sementara seorang robot berupa manusia yang bernama David berjaga sehingga sampai ke planet yang dikatakan dapat menjawab mengapa manusia dicipta dan asal usul manusia. Selepas 2 tahun, mereka telah sampai ke planet tersebut.  Dan mendarat berdekatan satu bukit besar (Itu yang mereka fikir mula-mula).


Mereka memulakan ekpedisi dan menjelajah di dalam 'bukit besar' tersebut. Mereka berjaya menjumpai bukti kewujudan manusia di tempat itu melalui padanan DNA dari kepala yang mereka jumpai. Mereka telah terjumpa satu bilik yang ada kepala manusia seperti gambar kat atas sekali itu.

Tapi, sebenarnya sangkaan mereka bahawa mereka dapat mengetahui asal usul mereka memang jauh sekali. Di dalam 'bukit besar' itu berlaku pelbagai perkara yang buruk dan hampir membunuh semua krew Prometheus. Kebenaran yang mereka cari bukan ada di situ. 'Bukit besar' yang mereka sangkakan itu sebenarnya bukan 'Bukit Besar'. Apa yang sebenar dorang jumpa dalam 'Bukit Besar' itu? Korang kenalah pergi tonton sendiri.


Movie ini memiliki CGI yang begitu best. Cuma jalan ceritanya agak perlahan sampai saya menguap beberapa kali. Movie ini banyak membuatkan kita terfikir dan agak berat juga bagi tontonan kanak-kanak. Movie ini adalah PG13. Keseluruhannya, movie ini saya beri 2 BINTANG.

Korang yang dah menonton movie ini, apa pendapat korang?

p/s : Masa part last, ada sesuatu keluar dan saya rasa inilah permulaan kewujudan 'Alien' di bawah.


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 20, 2012

MOVIE REVIEWS : JOHN CARTER


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya sempat lagi pergi menonton Movie John Carter di TGV AEON Bukit Tinggi dengan wife saya. Ini kali pertama sejak kami kahwin pergi menonton wayang. Sebelum kahwin banyak kali gak. Hehehe.

Saya nak buat sedikit review tentang Movie John Carter ni.  Movie ni pada permulaan cerita agak slow sikit dan saya tak berapa faham. Movie ni berkenaan seorang lelaki bernama John Carter dari Virginia ni mencari gua labah-labah (Spider Cave) yang dia percaya ada tersimpan emas. John Carter ni dulunya seorang tentera yang sangat bagus dan pernah dapat banyak pingat. Tapi, disebabkan kematian isteri dan anaknya yang dibakar rentung, dia terus give up untuk terus berjuang.

Movie ni dimulakan dengan pengenalan kepada planet yang terdapat di sistem solar kita. Kita memanggil Planet Merah dengan nama Marikh dan di planet Marikh ni kita fikir langsung tiada hidupan sebab tiada sebarang oksigen untuk bernafas. Tapi sebenarnya di Marikh ataupun penduduk Marikh panggil planet dorang Barsoom terdapat makhluk yang hidup.

John Carter secara tak sengaja ditelegraf ke planet Barsoom ni selepas terbunuh seorang Therns (Dalam movie ni dorang kata Therns ni Pesuruh Tuhan) dengan menggunakan satu Medalion. Sampai di Barsoom, macam-macam pengembaraan yang dialami oleh John Carter. Grafik untuk movie ni memang cantik cuma binatang pelik-pelik dalam movie ni sikit saya. Yang saya perasan adalah makhluk hijau bertangan empat yang dipanggil Tharks, Binatang yang rasanya anjing yang boleh berlari laju dan Kera Putih yang besar. Itu je binatang yang ada kat planet Barsoom ni kot? Huhuhu.

Memang ada aksi tapi tak banyak sangat. Banyak sangat bersembang dan feeling-feeling. Tapi kira best gak la sebab grafik dia memang sempoi. Oh... lupa nak bagitau, John Carter ada kelebihan unik bila berada di Barsoom a.k.a Marikh. Apa dia? Korang pergi tengok sendirilah ye? Hehehe.

Anyway, saya bagi 3 Bintang je untuk movie ni sebab hanya boleh tengok sekali je, kalau kali kedua tengok, jadi boring. Huhuhu.

Korang yang dah tengok movie ni, cuba bagi pendapat dan berapa bintang korang bagi?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 16, 2011

MOVIE REVIEW : REAL STEEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alang-alang saya dah terlajak kat Teluk Intan ni, terus saya decide untuk tengok Movie lakonan Hugh Jackman - Real Steel. Ini ada sikit review dan pendapat saya tentang movie ni. Penuh gak pawagam malam ni.

Memang best movie ni. Dari mula sampai habis, fight robot je. Hugh Jackman berlakon sebagai Charles Kenton. Ex gf Charles meninggal dunia dan meninggalkan anak lelakinya bernama Max. Mula-mula hubungan dorang tak berapa baik. Suatu hari, Max terjumpa sebuah robot lama Generasi Kedua yang dulu digunakan sebagai robot latihan.

Start itulah Charles dan Max bergabung tenaga dan dorang menang setiap perlawanan daerah. Sampai dorang dijemput untuk berlawan di WRB (World Robot Boxing). Dorang lawan dengan satu robot nama Twin Cities. Robot ni ada 2 kepala. Dorang menang dan dapat sokongan penonton.

Max buat gila dengan mencabar Zeus, Juara robot WRB. Max bengang sebab pengurus Zeus nak beli Robot dia untuk dijadikan punching beg untuk Zeus. Lupa bagitau, nama robot Charles dan Max ni adalah Atom. Ada la skit part sedih.

Last sekali dorang lawan dengan Zeus. Siapa yang menang? Korang pergilah tengok. Memang best. Saya 4.5 bintang daripada 5 bintang.

p/s : Rasa excited plak. Macam robot-robot fight wujud je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka