Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

"BUKAN TAK NAK BELA TAPI TAK DAPAT BELA"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Satu hari ni saya tak makan kecuali kerepek dqn air kosong je. So, saya decide untuk keluar makan kat gerai di Pekan Bagan Datoh ni. Hujan baru turun lebat sungguh. Tapi saya pakai baju sweater berhood.  Tak la basah sangat.

Saya memang sangat suka kucing. Saya bukan tak nak bela tapi tak dapat bela. Saya pernah tolong kawan bela ikan, mati. Tolong kawan bela hamster, mati. So, saya tak berani nak bela apa-apa dah. Tapi kalau pergi mana-mana kedai makan, mesti saya usap-usap kucing yang ada.

Gambar kat atas tu tunjukkan kucing tu tengah mengerekot tidur kat kaki saya. Saya tak panggil pun tapi dia datang sendiri. Orang cakap, kucing ni boleh bau orang yang selalu usap kucing. Tak tahu betul tak.

Mungkin saya dah kawin dan bakal isteri saya tak takut kucing, Insya Allah akan saya bela seekor dua. Sekarang ni tak dapatlah.

Ada sesiapa yang tak suka kucing ke? Tak boleh geng dengan saya. Hehehe.

p/s : Lena betul kucing tidur kat kaki saya ni. Hairan betul. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 6, 2011

"TAKUT KUCING LA PLAK"

Asslaamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam keluarga saya, saya seorang je yang tak takut kucing. Emak dan semua adik-adik saya takut kucing datang dekat dengan dorang, kelam kabut dorang lari dan menjerit-jerit macam kena histeria. Hahaha. Rasa macam lawak plak. Kalau takut pada anjing saya faham la gak.

Ada pernah nampak seseorang yang tak suka kucing sanggup sepak terajang kucing tu. Kesian kan kat kucing tu. Saya tak faham kenapa kucing tu diperlakukan sebegitu? Apa salah dorang kan?

Saya suka kucing. Dulu ada gak niat kalau ada duit banyak, saya nak kutip seberapa banyak kucing dan tempatkan satu pusat jagaan khas. Bila saya pergi mana-mana pun, saya nampak je kucing, saya akan kutip dan letak kat pusat jagaan tu. Itu niat saya la.

Tapi sekarang tak mampu lagi. Mungkin pada masa depan kot? Hehehe.

Sape suka kucing, angkat kucing korang. Hehehe.

p/s : Nampak banyak kucing kat kedai makan yang selalu saya lepak. Kesian dorang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka