Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label khianati. Show all posts
Showing posts with label khianati. Show all posts

Friday, June 24, 2011

BILA KEPERCAYAAN KITA DIKHIANATI ...

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Korang pernah dikhianati tak? Korang letak sepenuh kepercayaan korang tapi dia khianati macam tu je. Saya pernah dan memang rasanya sangat menyakitkan. Huhu.. Tapi saya ok sekarang.

Korang terfikir tak kenapa senang-senang je kepercayaan yang kita letakkan senang dikhianati? Ini pendapat saya je. Huhu... Kebanyakkannya sebab sifat dengki yang ada dalam diri kebanyakkan masyarakat sekarang.

Saya pernah meletakkan kepercayaan pada seseorang yang memang saya yakin dia adalah takkan khianati saya. Saya jaga dan beri dia setakat saya mampu. Tapi, dia buang saya dan berpaling kepada SEORANG PENGKID. Saya sangat terkilan sebab saya betul-betul cuba tunaikan janji-janji saya. Tapi janji-janji dia, dia sendiri yang khianati. Dia khianati kepercayaan saya dan dia pijak-pijak macam tu je.

Sampai hari ini, saya masih bencikan PENGKID. Bila saja saya jumpa PENGKID kat mana-mana, saya akan pandang dorang dengan muka benci. Huhu... Teremosi plak.

Kepercayaan ni sangat penting sebab tanpa kepercayaan dalam diri kita, kita akan berasa tak selamat dan sentiasa curiga antara satu sama lain.  Bila orang tak mula hilang kepercayaan pada seseorang, seseorang yang telah hilang kepercayaan orang lain tu akan hilang rakan, pengikut, teman dan macam-macam lagi.

Bila kepercayaan kita dikhianati, kita susah nak percaya pada orang lain.  Sebab perasaan takut dikhianati masih lagi terasa dan akan ambil masa yang lama untuk diubati.

Ini cuma pendapat saya, kalau korang ada pendapat lain, kongsi-kongsikanlah ye? Huhu...

Wasssalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka