Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kebiruan. Show all posts
Showing posts with label kebiruan. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

INDAHNYA ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi ini saya keluar minum di kedai mamak dekat pejabat saya. Selalunya saya hanya fokus untuk minum dan masuk kerja semula. Tapi hari ini saya rasakan kelainan.  Walaupun dekat tapi saya kena drive sebab kalau nak jalan kaki, memang agak memenatkan. Huhu...

Sambil drive tu, saya terpandang pokok-pokok dan langit yang cerah. Indahnya suasana di pagi hari. Saya bekerja di kawasan kampung dan permandangan macam ini sepatutnya selalu saya tengok tapi disebabkan saya ni workaholic atau gila kerja, so, saya tak ambil kisah sangat dengan perkara-perkara begini.

Bila saya tengok langit yang cerah, hati saya jadi lapang. Pokok-pokok menyejukkan mata yang memandang. Dunia ini betul-betul indah sebab gabungan warna yang paling sesuai. Contohnya, batang pokok yang berwarna coklat dengan dedaunan yang berwarna hijau.

So, sesape yang tengah stress tu, keluar rumah atau pejabat sekejap, tengok langit dan pokok-pokok yang ada kat sekeliling korang. Insya Allah, hati korang akan tenang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka