Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label entry bengang. Show all posts
Showing posts with label entry bengang. Show all posts

Friday, August 12, 2011

"SAYA HARAP SANGAT TANGAN DORANG KUDUNG!"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini entry bengang sebab ada orang main mercun depan rumah sewa saya. Dah bingit telinga. Dah sound pun masih nak main lagi. Yang hairan, mak dan bapak dorang pun tengok je. Bodoh ke apa dorang? Tak reti tegur anak sendiri ke?

Nanti dah jari putus, tangan kudung dan rumah hangus, baru nak mengeluh, menangis dan meraung. Masa tu saya pergi kat muka sorang-sorang, saya akan cakap:

"Padan muka. Hari tu saya dah tegur tak nak dengar kan? Tak payah duk meraung-raung. Buat bingit telinga je. Dah salah sendiri. Sendiri tanggung la"

Nak main mercun sampai putus jari atau tangan ke, pergilah main kat dalam hutan atau tanah lapang. Janganlah main dekat dengan rumah orang. Tiba-tiba jiran sebelah ada sakit jantung, terkejut sampai mati, nak bertanggungjawab? Mesti pandai mengelat punya..

Lagi satu, balai polis dekat je tapi tak nampak pun seorang polis datang check dan tegur. Kata menjaga keamanan tapi saya tak rasa aman pun. Kalau setakat nak duduk dalam pejabat air cond je, baik tutup je balai polis tu.

Ini entry bengang. Sori sebab ini cuma luahan rasa. Kalau saya tak luahkan rasa ni, habis budak-budak tu saya pijak-pijak dengan mak bapak dorang sekali. Saya ni ada masa panas baran gak. Ada masa saya cool je.

Dah ok dah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka