Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

KATA-KATA HIKMAT : "NAK UBAH DUNIA, DIRI SENDIRI?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share satu kata-kata hikmah ni. Bagi saya ada kebenarannya.


p/s : Kalau nak ubah dunia, kena ubah diri sendiri dulu. Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 15, 2011

"CERMINLAH DIRI TU DULU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada orang yang takut tengok cermin. Ada orang yang tak suka tengok cermin. Ada orang yang suka tengok cermin. Korang rasa korang orang yang mana?

Orang yang takut tengok cermin ni jenis yang kurang keyakinan diri. Dia menganggap diri dia tak bagus dan terlalu merendahkan diri. Dia takut nak pandang diri dia dalam cermin sebab takut apa yang dilihat tak seperti yang diharapkan.

Orang yang tak suka tengok cermin adalah seorang yang tak pernah nampak salah sendiri. Tapi salah orang lain, dia boleh buat huraian lengkap siap dengan graf bar dan carta pai lagi. Tapi dia tak suka tengok cermin sebab dia menganggap diri dia dah cukup bagus dan sentiasa betul.

Orang yang suka tengok cermin sentiasa sedar tentang kekurangan diri. Orang seperti ini membandingkan dirinya dulu sebelum melihat orang lain. Perbandingan yang positif melahirkan keyakinan yang tinggi untuk terus maju. Orang yang sentiasa memandang cermin sanggup melihat diri sendiri dan cuba memperbaiki diri. Teguran yang baik dan bermanfaat untuk dirinya pasti diterima.

Pernah ke korang fikir bila korang pandang diri korang dalam cermin, apa yang korang nampak?

Lontaran pendapat secara spontan daripada saya. Keluar seperti yang dicatatkan dalam minda saya.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 27, 2011

JADI DIRI SENDIRI ... BUAT APA NAK JADI ORANG LAIN?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang masih sudi membaca hasil penulisan newbie ni. Huhu...

Kali ni saya nak menulis mengenai menjadi diri sendiri.  Ini melalui pengamatan dan pengalaman saya gak. Saya pernah tengok orang yang nak jadi seperti artis idola dorang. Nak ikut trend dan cara pemakaian dorang.  Saya mengaku saya pun sama.  Siapa artis tu? Tak perlulah ditulis kat sini. Huhu...

Sama juga seperti menulis blog, lebih baik menulis dengan cara tulisan yang melambangkan diri sendiri.  Tak payah nak jadi macam penulis berita dan segala bagai. Kadang-kadang tu, penulisan kita sendiri adalah terbaik. Tapi kita dibutakan dengan penulisan orang lain. Semua orang sanjung.

Saya mengaku pernah menulis seperti orang lain sebab nak dapatkan trafik tinggi. Lepas tu saya sedar, sampai bila saya nak menulis macam ni? Trafik yang dapat pun tak banyak. So, saya ambil keputusan nak menulis dengan cara saya sendiri. Menggunakan diri sendiri sebagai platform. Melontarkan pandangan dalam hasil penulisan saya.

Saya yakin kat luar sana banyak penulis blog yang menulis berdasarkan diri sendiri. Sebab apa? Sebab lagi mudah kita nak menulis sebab kita selesa dengan diri sendiri. Huhu... Apa saya merepek ni? Huhu..

Anyway, korang setuju tak? Kalau tak setuju, ce citer nape? Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka