Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label berjaya. Show all posts
Showing posts with label berjaya. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

"ENGKAU TAKPELAH, FEYMES"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Rasa tak suka bila orang perli saya dengan ayat tu. Macam la saya ni feymes sangat. Ada lagi yang feymes daripada saya. Saya ni cuma blogger picisan yang biasa-biasa je. Follower saya pun taklah sampai berpuluh-puluh ribu. Tapi, saya masih bersyukur sebab masih ada blogger yang sudi jengah dan baca entry saya. Walaupun kadang-kadang tu lebih kepada merapu je. Sekurang-kurangnya dorang boleh senyum.

Secara jujurnya, saya rasa saya taklah sefeymes mana. Kalau saya feymes pun, salah ek? Hehehe. Bukan nak riak k, gurau je. Nanti anon serang plak kalau tersilap tulis.

Inilah sifat orang kita, bila orang lain berjaya sikit, mulalah timbul rasa kurang senang dalam hati. Mesti nak cari salah dan jatuhkan orang yang berjaya tu. Tapi, yang bestnya, dorang bukan berani nak revealkan diri dorang. Dorang suka berlindung di belakang "anonymous".

Tak perlu ada sikap macam ni. Kalau ada orang berjaya, korang boleh jeles. Jeles dan usaha untuk berjaya macam dia. Jadikan dia matlamat korang nak capai nanti.

p/s : Tadi berjaya memenuhi kekempunan ayam goreng dengan beli ayam goreng kat pasar malam. Hehehe. Sedap.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 21, 2011

LETIHNYA HARI INI...TAPI BERBALOI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama tak mengecat rumah. Tahun-tahun sebelum ni saya busy kerja. Jarang nak balik rumah sebab kerja. Kalau balik pun, kena bawa mak pergi beli barang-barang buat kuih raya.

Selesai mengecat seluruh rumah kecuali bilik dan dapur sikit. Sebab cat sudah habis. Actually, dah dekat seminggu emak saya suruh adik lelaki saya cat rumah. Tapi entah la. Banyak plak alasan dia. Saya balik terus saya buat dan dia pum kena buat gak sebab saya suruh.

Akhirnya siap gak. Masa menaip entry ni, tangan, baju dan seluar saya penuh dengan cat. Nak mandi jap la. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 20, 2011

AKHIRNYA...BERJAYA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak suruh emak saya beli baju raya untuk diri sendiri memang susah. Macam nak suruh diri saya beli baju raya untuk sendiri. Hahaha.

Setelah dipush dan diperkenalkan dengan pelbagai jenis design baju raya, akhirnya berkenaan satu di hatinya. Akhirnya berjaya beli. Alhamdulillah. Lepas gak hajat saya.

Tengok muka emak saya punya gembira dah buat saya gembira. Tak kisah sangat berapa ringgit harga baju yang emak saya nak tu. Saya bayar je.

Teringat plak masa saya kecil, masa emak saya beli baju raya saya. Saya ni jenis tak cerewet. Beli je, saya pakai. Hehehe.

Emak korang dah korang belikan baju raya?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka