Terdengar satu berita mengenai Piala AIM untuk lagu Penakut nyanyian Yuna ditarik balik. Piala AIM tu diberikan kepada Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Boleh main tarik-tarik piala anugerah ni ek?
Pihak penganjur mengaku silap dan terus ambil keputusan untuk tarik balik piala tersebut. Memang betul-betul profesional. Saya harap Yuna bersabar dan tak patah semangat. Biasalah, dalam dunia hiburan, macam-macam boleh berlaku. Tapi, ini kali pertama saya dengar piala anugerah ditarik balik oleh penganjur.
Lepas ni kalau mana-mana pemenang piala anugerah tu terima sesuatu piala, berhati-hatilah. Sebab lepas tu ada kemungkinan untuk ditarik balik. Hahaha.
p/s : Macam-macam sekarang ni. Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka


