Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.
Petang semalam saya bergegas juga balik ke Kuala Kangsar sebab isteri dah telefon beritahu Mayeesa asyik mengamuk dan menangis. Diberi susu, dia tak nak. Nak didodoi tidur pun dia tak nak.
Isteri saya beritahu mungkin dia rindu pada papa dia. Saya pun rindukan Mayeesa. Disebabkan kereta saya ada di bengkel, pergerakan saya memang sangat terbatas.
Beberapa ketika kemudian, saya ambil keputusan untuk balik juga ke Kuala Kangsar dengan menaiki keretapi. Kakak ipar saya beritahu tiket ada lagi dan bertolak pukul 8 pagi semalam.
Saya pun pulun sehabisnya untuk selesaikan beberapa tugasan supaya nanti bila masuk ke USM balik, tak adalah saya kelam kabut sangat. Sampai tak tidur langsung sebab takut terlajak tidur.
Sampai saja di Stesen Keretapi Kuala Kangsar, saya menunggu bapa mertua datang ambil. Sesampai saja mereka, saya kemudiannya dukung Mayeesa, Mayeesa terus melentokkan kepalanya atas bahu saya. Sesekali Mayeesa angkat kepala untuk tengok papa dia sambil senyum pastu lentokkan semula kepalanya atas bahu saya.
Mama dia pun Mayeesa dah tak peduli. Rindu betul Mayeesa pada papa dia. Lama betul dia lentokkan kepalanya sampai hampir tertidur.
Mayeesa dah tak mengamuk dah sekarang. Tapi, nanti papa dia balik USM balik, macam mana?
Posted via Blogaway
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment