Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.
Setiap hari kita baca suratkhabar. Setiap hari kita mesti kita akan baca tentang budak-budak yang masuk hospital sebab 'terlalu pandai' buat mercun sendiri. Bila dah terkena, baru nak menyesal tak sudah. Padahal banyak dah kes-kes macam ini berlaku sejak musim raya tahun-tahun lepas lagi.
Siapa yang nak kita salahkan? Budak itu? Mercun buatan sendiri itu?
Ini pengalaman saya semasa duduk di rumah sewa suatu ketika dulu, setiap malam mesti ada orang main mercun depan rumah sewa saya. Kadang-kadang saya keluar rumah dan bertempik suruh main di tempat lain. Lagi kurang ajar mereka dengan baling masuk mercun bola yang meletup kuat di halaman rumah sewa saya. Memang terkejut saya dibuatnya.
Saya fikir budak-budak yang buat begitu. Jadi, satu malam saya ambil keputusan untuk menyorok dalam kereta dan tengok siapa yang selalu baling mercun bola ke dalam halaman rumah sewa saya. Rupa-rupanya BAPA si anak. Kalaulah BAPA dah berperangai macam itu, anak sudah semestinya ikut perangai bapa dia.
Ibu dan bapa adalah orang pertama yang anak-anak akan tiru. Oleh itu, apa yang ibu dan bapa buat, anaknya pasti tiru. Dah bapa dia suka main mercun baling masuk ke rumah orang, anaknya pasti mengikut. Sekarang ini siapa yang sebenarnya salah bila si budak ini terkena mercun ke mata dan buta sebab tak sempat baling atau tersilap baling? Si budak itu? Si mercun itu sendiri? Si bapa budak itu? Si ibu budak itu?
Cuma lontaran pandangan saya saja.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment