Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Memang agak lama juga saya tak updated saya ini. Kesibukan dengan kerja yang semakin bertambah dan virus malas dah mula memakan diri saya ini. Memang saya selalu juga buka tengok blog saya ini tapi bila mana saya cuba untuk update, virus malas mula aktif. Huhuhu.
Alhamdulillah. Saya dan keluarga saya diberi peluang lagi oleh Allah untuk menyambut Ramadhan untuk kesekian kalinya. Tahun lepas, saya dan isteri menyambut Ramadhan berdua dan Mayeesa masih berada di dalam perut ibunya. Tahun ini, kami bertiga pula. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan umur saya untuk bersama-sama menyambut Ramadhan bersama isteri dan anak tercinta.
Ramadhan ini menggamit pelbagai kenangan saya yang berlaku di rumah, sekolah, universiti dan sehingga semalam. Semalam pun boleh dikira sebagai kenangan juga kan? Kalau nak diceritakan memang takkan habis tapi Insya Allah saya akan ceritakan dalam post yang berasingan. Tak seronok baca post yang bercampur-campur dengan pelbagai cerita. Macam rojak pula.
Saya dan sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog saya yang biasa-biasa saja ini.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment