Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, April 17, 2012

SEGMEN PKA RAHIM : SURPRISE..!!!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dijemput untuk join segmen Miss Pka ni. Teringat kisah lucu terkejut ingat nampak hantu dulu. Hahaha. Sila baca ye?

Kejadian ni berlaku pada tahun lepas. Masa tu saya dan dua orang kawan-kawan saya sewa satu rumah. Kami duduk bertiga. Rumah yang saya tinggal tu memang orang sekeliling cakap ada 'benda' tinggal tapi saya buat tak tahu je. Janji 'benda' tu tak kacau saya sudah. Lagipun saya bukan kacau 'benda' tu sangat.

Nak dijadikan cerita, kawan saya seorang ni pindah barang yang tak pakai keluar dari rumah tu. Barang yang tak pakai tu adalah milik arwah tuan dan puan rumah tu. Ya, tuan dan puan pemilik rumah tu telah meninggal dunia. So, sekarang rumah tu tak ada siapa pun tinggal dan anak dorang sewakan kepada sesiapa berminat.

Selepas barang yang tak digunakan dikeluarkan, malam tersebut juga kawan saya tu mimpi berjumpa dengan arwah puan rumah tu. Arwah puan rumah tu tanya kenapa alihkan dan keluarkan barang-barang seperti perabot lama dalam rumah tu. Kawan saya dengan selambanya cakap suruh tanya mak cik rumah sebelah sebab kawan saya ni dah minta kebenaran kat mak cik tu. Mak cik tu tempat kami bayar sewa. Kira orang perantara dengan anak arwah.

Kemudian, kawan saya ni ceritalah kat saya. Seram gak tapi saya buat biasa je. Beberapa minggu lepas tu, saya balik dari kampung tengah malam, so, saya sampai je rumah sewa, terus landing atas kerusi sofa. Masa tu kawan-kawan saya dah lama diulit mimpi. Tengah pagi, saya terjaga. Masa tu, lampu dapur memang tak tutup, tiba-tiba saya ternampak kelibat satu lelaki berbadan besar tengah tengok saya. Lelaki berbadan besar tu bukan kawan yang tinggal serumah dengan saya.

Saya memang terkejut. Terus saya buka langkah silat untuk menyerang secara spontan. Saya ingat lelaki berbadan besar arwah tuan rumah yang nak jumpa saya sebab tak puas hati tolong kawan saya pindahkan barang dalam rumah tu. Pastu, tiba-tiba:

"Wei, aku kawan Din la"

Saya terus terduduk dan terbaring. Terlena terus. Esoknya, si lelaki berbadan besar tu cerita kat kawan-kawan. Habis saya digelakkan hari tu. Bila jumpa je, habis dorang gelakkan saya. Hehehe.

Saya masih lagi tinggal kat rumah sewa tersebut. Tapi, saya tinggal seorang diri je sebab kawan-kawan saya yang duduk dengan saya dulu dah pindah ke tempat lain. Bila teringat kisah ni, rasa nak tergelak sebab saya dah buka langkah silat untuk menyerang secara spontan. Hahaha.

Segmen ni tamat pada 19hb April 2012 (Khamis).

Saya minta maaf tak tag sesiapa sebab saya tak gemar la sistem tag mengetag ni. Huhuhu. Sori.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. owh ini cerita suspen komedi.. huhu :) tq join segmen pka.

    ReplyDelete
  2. hakhak..tergelak sengsorang baca kisah ni...mesti menggeletar lutut kan bila nampak "lembaga tuan rumah" tu.. :P

    ReplyDelete
  3. hahahaha... mmg lawak r... siap buka langkah silat tu yg xtahan... naseb baek la x sempat kena belasah die dah jerit kalo x mesti haru... ;p

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. silat ape yg dibukak nye tu? yg x boleh blaaa nye boleh plak baring terus tido.. HAHA ;D

    ReplyDelete
  5. alamak..... awal2 dh suspen...
    tetibe ending dia lawak.... hehhehheh... =D

    http://ayuejean.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-surprise.html

    ReplyDelete
  6. haha nasib baik tak terus kene silat hahaaha..

    dari segmen yg sama :)

    ReplyDelete