Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, March 8, 2011

BUAT SEMUA WANITA TERHEBAT...HAPPY WOMEN'S DAY!!


Salam sejahtera semua kawan-kawan blogger.

Pertama sekali, "Happy Women's Day" untuk kawan-kawan blogger yang perempuan dan kalau yang bukan perempuan nak ngaku perempuan pun boleh.  Huhu...

Hari ni 8hb Mac 2011 adalah sambutan hari Wanita sedunia.  Hari yang dikhaskan untuk kita mengingati wanita-wanita yang hebat di dalam hidup kita.  Bagi aku wanita yang paling hebat dalam hidup adalah mak aku.  Walaupun hari ni bukan hari ibu, aku tetap menganggap mak aku yang terbaik.

Pastu adalah adik-adik perempuan aku.  Adik perempuan aku kira ok la sebab sentiasa ingat mak aku dan walaupun kadang-kadang kami gaduh-gaduh sikit (kadang-kadang banyak..huhu..biasalah, adik beradik), dia sentiasa respek aku sebagai abang dorang.  Orait la tu.

Seterusnya, cikgu-cikgu perempuan dan lecturer-lecturer perempuan yang pernah mengajar aku masa aku studi kat Sek Keb Padang Tembak 1, Sek Keb Sungai Bakap, Penang Free School dan UiTM Seri Iskandar.  Jasamu tetap kukenang sampai bila-bila.  Korang the best!!

Lepas seterusnya, next la, Staf dan ex staf perempuan yang sedang kerja atau pernah kerja dengan aku, thanks sebab beri kerjasama dan tak buat aku pening kepala.  Haha...

Kawan-kawan dan blogger-blogger yang perempuan, aku gembira dapat berkenalan dan berkawan dengan korang.  Walaupun kadang-kadang (atau selalu) tak pernah jumpa depan mata.  Kenapa ye?  Kerana dirimu sungguh berharga (Buat iklan syampu lak).  Aku nak ucapkan "HAPPY WOMEN'S DAY" kat semua wanita-wanita yang hebat pernah hadir dalam hidup aku dari dulu hingga kini.

Apa pendapat korang tentang entry aku kali ni?..hehe..

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

9 comments:

  1. sALAM..HAHA..kerana dirimu begitu berharga..ehhe..oky la tu ^^

    ReplyDelete
  2. Nice Entry..(^-^) happy women day..too..

    ReplyDelete
  3. haahaa. kte pompuan. wish untuk kte jugak ea?

    ReplyDelete
  4. sye x hebat tp terima kasih untk ucapan hari wanita nie :)

    ReplyDelete
  5. terbaek :)
    thnx sudi tulis tentang hari wanita.
    hiihi..

    ReplyDelete
  6. terasa diriku begitu berharga bila baca entry ni..hehe

    ReplyDelete
  7. dirimu semua memang berharga..kamu semua wanita hebat walaupun kamu semua menyangkal..kamu tetap terhebat!!

    ReplyDelete
  8. wuaaa...best2...TQ kerana menghargai kami kaum wanita...=)

    ReplyDelete