Salam sejahtera semua kawan-kawan. Hari ini ada lagi teka teki nak dikongsi. Hehe...
1) Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
Bayang-bayang.
2) Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest?
Gunung Everest.
3) Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
Peta.
4) Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
Monyet jadi ramai.
5) perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
Gunung meletus, tali putus, orang mampus.
6) Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?
Dia penipu.
7) Ular apa yang boleh digunakan untuk memasak?
Ular senduk.
8) Binatang apa paling pemalas?
Singa, sebab dia malas cukur janggut.
9) Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.
Kuda menyorok.
10) Hari apa makan orang?
Harimau.
Try la jawab dulu. Nak tengok jawapannya, highlight je ruang di bawah teka teki tu. Enjoy.
-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment