Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, May 16, 2013

SEELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini adalah hari untuk memperingati jasa guru yang telah mencurahkan banyak jasa mereka dalam mengajar kita dan mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna seperti sekarang. Hari ini juga kita mengenang semula jasa yang telah dicurahkan oleh para pendidik yang telah mendidik kita. Tapi, takkan hari ini saja kita ingat jasa dorang? Mestilah kita ingat jasa dorang sentiasa. Bila kita jumpa dorang di luar, kita akan hormat dengan mereka.

Cuma hari ini diwujudkan untuk menjadikan sambutan tahunan dalam mengenang jasa guru kita. Guru kita tak semestinya cikgu-cikgu di sekolah. Ibu, bapa, kakak, abang, bapa saudara, ibu saudara, majikan, suami, isteri dan semua yang terlibat dalam memberikan kita didikan secara langsung mahupun tidak langsung adalah guru kita. So, kita kena juga hargai dorang kan?

Jenuh jugalah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya kita sentiasa ingat dan hargai jasa dorang pun bagi saya dah cukup. Kan?

Bila tiba hari guru, kita lebih fokuskan cikgu-cikgu di sekolah. Murid-murid sibuk nak membeli hadiah untuk cikgu-cikgu mereka. Tapi, macam mana dengan "guru-guru" lain yang secara tak langsung mahupun secara langsung mendidik mereka? Tak nak beli hadiah juga ke? Kalau nak beli hadiah untuk semua, mereka tak termampulah.

Cuma ucapan terima kasih pun dah cukup untuk menghargai jasa mereka. Ini cuma pandangan peribadi saya saja. Tiada langsung niat nak mencabuli sambutan Hari Guru ini. Saya sayangkan "Guru-Guru" saya tak kiralah di sekolah ataupun di mana saja saya menimba dan mendapatkan didikan mereka. Tak perlulah nak emosi dengan saya disebabkan entry ini ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 15, 2013

CECARI DUIT


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pelik kan tajuk entry post saya kali ini? Hehehe. Saja nak test teknik SEO yang baru saya faham cara nak gunakannya. Teknik SEO ataupun dalam ayat panjangnya Search Engine Optimization adalah teknik yang ramai otai di luar sana gunakan. Teknik SEO yang diaplikasikan dalam blog otai-otai ini akan membantu dorang mendapatkan trafik tanpa perlu bersusah payah.

Korang pernah tengok Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah tak? Ada part dorang akan cakap:

"Ce Cite Ce Cite"

Maksudnya adalah "Cuba Cerita Cuba Cerita". So, korang mesti boleh agak apa maksud tajuk di atas kan? Maksudnya adalah "Cuba Cari Duit". Saja saya gunakan ayat dalam movie tersebut sebab agak menarik. Hehehe.

Semua orang cecari duit tak kiralah melalui pekerjaan sambilan ataupun secara online. Memang banyak permintaan bila ada orang buka peluang kerja secara online sebab ramai di antara kita memang cecari duit secara online termasuklah diri saya. Saya pernah cuba pelbagai jenis kerja online dan kerja di rumah. Dan kebanyakkannya memang tipu dan dorang cuma nak duit saya saja.

Saya pernah buat duit dengan menjadi Mystery Shopper untuk restoran makanan segera. Bertahun jugalah saya dapat duit dengan buat penilaian dan makan makan makan percuma. Disebabkan asyik makan makan makan inilah badan saya naik mendadak. Padan muka saya. Kemudian, mungkin disebabkan saya dah terlalu lama menjadi Mystery Shopper untuk syarikat tersebut, saya dihentikan perkhidmatan.

Saya pun pernah apply untuk jadi Jurutaip sambilan di rumah. Kena bayar rasanya RM50 dan apa yang saya dapat, saya kena promote program Jurutaip sambilan di rumah kepada orang lain. Penipu betul. Saya tak nak orang lain tertipu, saya tak promote walaupun saya dah rugi.

Korang yang cecari duit online tu berhati-hatilah. Memang banyak betul penipu dan orang tak berhati perut dalam internet. Dorang tak kisah apa-apa pun selagi dapat duit daripada kita. Sekarang ini saya dapatlah sikit duit dengan buat blog ini. Walaupun tak banyak, takpelah. Mungkin ada rezeki saya pada masa depan. Rezeki datang daripada Allah. Kita berusaha dan terus berusaha. Insya Allah, rezeki akan datang kepada kita.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

PUAN NORISH KARMAN TERSINGKIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi terlayan Program Masakan - Masterchef Selebriti Musim Kedua. Episod kali ini dorang akan beritahu pasukan yang mana menang dan yang mana kalah. Pasukan yang menang cabaran luar adalah pasukan Biru yang diketuai oleh Celina.

Di peringkat penyingkiran, selebriti yang perlu bersaing untuk mengelakkan dari tersingkir adalah Kechana Devi, Radhi OAG, Che Ta, Lydiawati dan Enot. Masakan yang perlu mereka masak adalah laksa. Nampak senang kan? Tapi sebenarnya bukan senang. Susah juga tau nak masak laksa. Saya tak pernah masak tapi pernah tolong emak saya asingkan isi ikan dari tulangnya.

Enot dan Norish Karman sebenarnya tak berapa sihat dan deria rasa mereka mengalami masalah. Oleh itu, mereka tak dapat rasa dulu masakan laksa mereka sebelum diadili oleh juri. Semua selebriti telah berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya Puan Norish Karman kecundang dan menjadikan selebriti yang ketujuh tersingkir.

Takpelah, ini cuma rancangan realiti je. Tak perlu nak emosi sangat. Kita layan je sebagai hiburan. Hehehe.

p/s : Isu baju tak sama warna pun boleh jadi hangat kan? Hahaha.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka