Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, March 6, 2013

TERJEBAK DENGAN 'JODOH' PULA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dan isteri saya sekarang dah terjebak dengan satu drama baru yang ditayangkan di Astro Ria iatu 'Jodoh'. Ada juga saya ternampak iklan-iklan tentang drama ini tapi saya tak nak ambil port sangat. Drama ini ala-ala macam seorang lelaki ini mencari pasangan hidupnya dan buat satu pertandingan untuk pilih yang mana satu gadis yang sesuai dengannya. Dulu ada Hollywood buat satu rancangan realiti sebegini. Tapi, yang ini berlakon je.


Tapi, satu hari pada minggu lepas, saya terpasang siaran ulangan drama ini. Dalam siaran ulangan ini, para peserta wanita kena cipta lagu untuk dinyanyikan kepada Azlan (Hero drama inilah). Macam-macam suara saya dengar tapi yang paling saya tak tahan nak gelak masa Olly (Scha Alyahya) nyanyikan lagu "Say No To Tapak Kasut" yang berkisarkan tentang Tapak Kasut Di Mangkuk Tandas. Memang buat saya dan isteri saya gelak. Korang tengok sendirilah.



Agak best juga drama 'Jodoh' ini. Saya rasa drama ini lain dari yang lain. Memang banyak part yang buat saya ketawa bila Olly mula buka mulut dan gelagat 'lurus bendul'nya. Olly nak sangat disingkirkan dalam rancangan tersebut tapi setiap yang dibuat Olly tu disukai penonton pula. So, penerbit dan Azlan tak dapat buang Olly disebabkan takut penonton marah. Olly tak suka Azlan. Azlan tak suka Olly. Dorang memang tak sebulu dan asyik nak gaduh je.


Gambar di atas itu adalah para peserta perempuan yang 'berebut' untuk menjadi pasangan Azlan. Macam-macam jenis perangai ada. Setiap peserta ada kelebihan dan 'kegedikan' masing-masing. Rasa lucu bila terfikirkan perangai setiap orang peserta. Hehehe.

Korang yang pernah layan drama 'Jodoh' ni mesti tahu apa yang saya ceritakan di atas kan? Korang yang belum tengok drama ini, cuba tengok sekali. Lepas itu, korang tak nak tengok dah pun takpe. Kepada korang dah tengok drama ini, apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 5, 2013

BARISAN PERWIRA YANG TERKORBAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Seperti yang korang sememang dah tahu, di atas adalah perwira-perwira yang telah gugur untuk mempertahankan tanah air kita. Maklumat lanjut berkenaan perwira-perwira adalah seperti berikut :

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.


Salah seorang bapa perwira merupakan kenalan isteri saya semasa bekerja di Cosmopoint Klang dulu. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada perwira-perwira yang beragama Islam ini. 

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 1, 2013

RESPONSE SAYA KEPADA ANONYMOUS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dua tiga hari lepas saya ada publish post bertajuk NAMA KARNIVAL KERJAYA TAPI ... dan saya menerima satu komen daripada seorang Anonymous. Komen Anonymous itu ada seperti di bawah :


Setiap program dibuat mestilah ada kritikan untuk pastikan program seterusnya lebih baik daripada program yang sebelum ini. Sepatutnya program Karnival Kerjaya ini perlu ada sekurang-kurang kaunter untuk kumpulkan Resume dan juga Temuduga Terbuka. Saya tak maksud perlu layan seperti Raja ataupun Permaisuri. Apa yang saya maksudkan sediakan peluang kerja yang lebih berbanding pameran yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan Kerajaan lain.

Kepada Anonymous, adakah awak ada di tempat program ini? Awak tahu tak graduan beratur di Kaunter Pertanyaan SPA dalam keadaan panas terik? Saya tak suruh letakkan bilik berhawa dingin dengan kerusi sofa. Tapi, sekurang-kurangnya sediakan satu lagi khemah untuk pastikan mereka ini tidak kena panas. Kalau tiba-tiba hujan turun, macam mana? Nak biarkan mereka ini basah kuyup dalam hujan?

Kepada Anonymous, pernahkah awak pergi ke mana-mana Karnival Kerjaya yang lain? Kalau pernah, cuba bandingkan. Saya dah pergi banyak karnival kerjaya sebelum saya berada di tahap ini. Saya pernah kerja bermacam kerja sebelum sampai ke tahap ini. Saya pernah menghadiri satu karnival kerjaya dan ditemuduga terbuka untuk jawatan di 7-Eleven. Lagipun, semasa promosi di dalam akhbar tempatan, dinyatakan ada Temuduga Terbuka. Sebab itulah saya tengok ramai graduan datang siap berkemeja dengan tie dan yang perempuannya siap berbaju kurung. Ada juga saya tengok sedang menyusun sijil-sijil sebab fikir akan ada temuduga terbuka. Tapi, hakikatnya tiada pun.

Kepada Anonymous, pernahkah awak terfikir graduan yang datang dari jauh iaitu Ipoh, Grik, Penang dan Negeri-Negeri Lain? Mereka datang sehingga ke Bagan Datoh dan apa yang mereka dapat hanyalah pameran saja. Kalau awak berada di tempat mereka, awak kecewa atau tidak? Saya berada dekat pun rasa kecewa, dorang lagilah. Sebab nak datang ke Bagan Datoh, dah habiskan duit minyak. Membuang masa lagi. Tak kesian ke awak kepada mereka ini?

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya Anonymous terasa hati dengan post ini dan post saya sebelum ini. Apa yang saya luahkan lebih kepada pendapat saya. Sebabnya saya langsung tak perasan kakitangan SPA ada edarkan borang maklum balas mengenai program ini. Borang Maklum Balas bagi sangat penting untuk tengok sama ada program yang dianjurkan mencapai objektif atau tidak dan apa penambaikan yang boleh dibuat di masa hadapan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka