Saya ternampak ada satu blog ceritakan berkenaan sambutan hari couple dorang. Sweet sangat saya rasa sebab dorang panggil Couplesary. Biasanya saya pernah dengar anniversary je. Hehehe. Memang tak update saya ni kan dengan perkara baru yang berlaku di sekeliling saya kan? Hehehe.
Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin jodoh kita dengan orang kita couple itu atau dengan orang lain, hanya Allah saja yang tahu. Saya perasan sekarang ini budaya hendonisme a.k.a couple ini dah makin kronik dalam masyarakat kita. Sampai yang ada anak sendiri dalam usia yang sangat muda.
"Tapi kami tak buat apa-apa pun. Kami jaga batas kami"
Ya, saya tahu. Saya pun pernah couple. Bila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, akan ada pihak ketiga yang sudah semestinya Syaitan yang membisik-bisik untuk men'tidakapa'kan apa yang tak patut dilakukan. Tambahan masa itu darah muda dan nak cuba perkara baru.
"Macamlah dia baik sangat"
Ya, saya bukan baik pun. Saya pernah juga bercouple dan tahu macam mana rasa bestnya bercouple. Tapi, saya nak beritahu, bercouple lepas kahwin memang sangat-sangat-sangat best. Tak percaya? Tanyalah pasangan yang dah berkahwin.
"Kami memang rancang nak kahwin pun"
Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu. Persoalannya, apa yang dah dia buat dan usaha untuk capai matlamat itu? Berapa lama? Bila target majlis akad nikah dan bersanding? Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.
Saya cuma nak tekankan di sini bercouple lepas kahwin paling best. Kalau rasa dah sayang, kahwin je. Kalau rasa masih muda dan masih nak belajar, fokus kepada pelajaran dulu. Ini cuma pendapat saya, kalau ada yang tersentap, sorilah sangat-sangat.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
