Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label uitm lendu. Show all posts
Showing posts with label uitm lendu. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

PENULIS KISAH HANTU UiTM LENDU DIPANGGIL HEP


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru heboh satu facebook tentang seorang pelajar di UiTM Lendu yang menceritakan tentang kisah seram yang berlaku di kampusnya. Memang terus popular dia disebabkan satu entry saja. Saya pun ada baca entry tersebut. Memang panjang berjela tapi disebabkan nak tahu sangat, habis saya baca. Saya ni bukan jenis suka baca entry panjang-panjang tapi dalam sejarah blog saya, entry si Ruzanna mampu buat saya baca sampai habis.

Lagipun, saya ini ex-student UiTM juga. Walaupun berbeza UiTM tapi UiTM tetap di hati. Wife saya pun ex-student UiTM juga. Mungkin ada benar apa yang diceritakan oleh si Ruzanna ini tapi mungkin ditokok tambah melebih-lebih sangat. Saya akui memang susah sangat atau mustahil untuk kita buktikan ketulenan kisah-kisah hantu ini.

Contohnya korang jumpa hantu, korang pasti hantu yang korang jumpa atau masa itu korang berhalusinasi saja? Saya yakin korang pun tak pasti sebab saya pun kadang-kadang tak pasti juga. Tapi, kalau betul-betul jumpa pun, macam mana korang nak buktikan? Cakap dari mulut saja tak cukup tanpa disertakan apa-apa bukti yang boleh menyokong cakap kita itu.

Harap hal ini akan menjadi pengajaran kepada semua pelajar sebelum mengeluarkan apa-apa penyataan sebab seperti kes ini, ia melibatkan maruah UiTM Lendu. Fikir dulu, baru buat. Korang kan pelajar universiti?

Korang nak baca berita penuh, boleh baca di SINI.
Sila Tekan Like Jika Suka