Esok dah start exam PMR. So, saya nak ucapkan Good Luck kat adik-adik yang akan menduduki exam PMR tahun ini. Harap korang dapatlah menjawab soalan exam dengan pantas dan tepat ye? Kalau pantas je tapi tak tepat pun tak guna gak kan? Hehehe. Saya akan doakan korang ye?
Bila sebut tentang PMR ni buat saya teringat masa nak dekat exam PMR saya dulu. Lagi 2 minggu nak exam PMR, duduk lepak-lepak main game kat cyber cafe kat taman Free School. Lompat pagar tu dah jadi tugas rasmi saya la. Cuma, kena tengok line clear tak. Takut kena tangkap dengan Cikgu dan paling utama Senior. Hehehe. Masa tu, saya baru je Form 3, so, mana boleh lompat pagar sangat sebab ada senior atas daripada saya.
Seminggu nak exam PMR, masih berfoya-foya dengan buku komik dan macam biasalah, ponteng sekolah dengan menyorok dalam stor. Hehehe. Saya duduk asrama, so, memang kalau tak pergi sekolah, cikgu kelas report kat cikgu asrama, memang confirm kantoilah. Nakal kan saya dulu? Hehehe.
Esok nak exam PMR, pakat pulun buat soalan last-last year 2,3 set. pastu, mulalah nak bebal. Hahaha. Anyway, trial PMR saya ada banyak B dan C. Tapi, Alhamdulilllah, result PMR saya ... walaupun tak membanggakan tapi bagi saya oklah dengan studi last minit saya. Hehehe. Korang nak tau ke?
(Tiba-tiba tukar topik...)
Adik-adik yang nak ambil PMR tahun ni, sempat studi lagi ni. Pulun habis-habisan. Adik boleh pulun studi guna TUTOR ni. Sekarang zaman canggih. Tak macam zaman saya dulu. Soalan tahun-tahun lepas pun, atas kertas. Itupun cikgu subjek bagi, kalau tak bagi, nganga je saya. Hehehe.
Adik-adik duk baca apa lagi, cepat pulun studi guna TUTOR ni.
p/s : Korang mesti nak tahu result saya kan? Hehehe. Dengan tak malunya saya bagitau ... 3A 5B.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka