Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label taman permainan. Show all posts
Showing posts with label taman permainan. Show all posts

Monday, October 31, 2011

TEMPAT FAVERET MASA KECIL...

Assaamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Gambar kat atas tu adalah taman permainan kanak-kanak yang ada di Bagan Datoh ni. Bila terpandang je taman permainan ni, teringat zaman saya kecil dulu. Dulu taman permainan adalah tempat faveret saya. Kadang-kadang saya tawk mahu balik rumah dan nak main je kat taman permainan ni.

Masa saya kecil dulu, tak wujud lagi PSP, X Box dan sewaktu dengannya. Kalau ada pun, tak termampu mak dan ayah nak beli. Tapi saya tak kisah sangat pun. Janji dapat pergi taman permainan pun dah best. Hehehe.

Masa tu saat paling gembira bagi saya. Fikir nak main je. Takde nak fikir masalah apa-apa pun. Hehehe. Biasalah. Kecil lagi masa tu.

Bila kita imbas balik kenangan kita masa kecil-kecil dulu, itulah yang akan berlaku bila kita dah kawin nanti. Cuma kita akan jadi emak atau bapa dan kita akan insya Allah ada anak-anak. Macam mana kita merengek kat emak dan bapa kita dulu, macam tulah dorang akan merengek kat kita nanti. Kan?

p/s : Dulu suka sangat main jongkang jongket, gelungsur dan buaian. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka