Saya minta maaf kalau ada yang terasa dengan entry-entry teguran saya mengenai susah nak komen, widget banyak sangat la dan seterus-terus-terusnya. Bukan niat saya nak menghina. Lagipun kalau baca balik entry-entry tu, takde langsung ayat menghina saya tulis. Saya cuma tulis apa yang saya rasa susahkan saya. Saya tahu kalau susah sangat, tak payah follow dan terjah blog tu dah. Tapi, niat saya nak bantu. Bukan hina k?
Apa yang dia dah buat tu, saya pernah buat dulu. Saya buat blog tanpa kisah orang yang nak bacanya. Saya buat ikut suka hati saya je. Saya tambah macam-macam widget sampai berat blog saya. Pastu, suatu hari, Abang Ben ada buat satu segmen tentang kritik blog. So, saya pun join la. Masa tu baru saya perasan yang blog saya ni berat dan berserabut.
Ya, saya mengaku blog saya masih berserabut tapi bagi saya dah cukup ok sekarang kalau nak bandingkan dengan dulu. Cuma, teguran tu bukan nak menjatuhkan blog-blog yang berkenaan. Cuma harap dorang boleh improve dan sedar apa yang dorang tak perasan. Saya pun manusia, ada gak perkara yang saya tak perasan.
Sekali lagi saya nak tekankan, saya tak hina blog sesiapa pun. Saya respect sebab korang mampu buat blog yang lagi cantik daripada saya punya blog. Blog saya simple je seperti yang saya nak. Cuma korang perlu tentukan mana widget yang perlu dan mana widget yang tak perlu. Itu je.
p/s : Tak payah nak benci-benci saya pun. Saya bukan feymes. Biasa je. Rasa lawak plak. Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka